.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

AYAM DAGING DI MALAYSIA

Khamis, 6 Januari 2011



1. Kajian menunjukkan bahawa 92 % penternak ayam daging di
Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini
secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.

2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak
ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka
menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.

3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar
makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yangselalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.



4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian
makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya
sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan
kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan
menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.

5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang
sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agarianya 'kelihatan' subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik
yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.

7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih
berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh
mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr.
Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya
daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan
hormon dalam tubuh.

Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang,
mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan
bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka
pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas
itu," katanya.

Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan
kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan
bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit
ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang
kepada penyakit jantung.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada
Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam
daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem
pertahanan badan manusia yang memakannya.

"Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi
punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal
meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat."

"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal
disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak,"
katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar
kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan
berprotein.

Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit
seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

"satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar
secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi
penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum
ini," ujarnya.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP