.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Makna Subhanallah (سبحان الله)

Isnin, 18 Januari 2010

Maksud literalnya adalah "Maha Suci
Allah". Jika dikaji dari sudut
bahasa, kalimah "Subhaana" adalah
membawa maksud tanzeeh, yakni
penyucian dan pembersihan dari segala
kekurangan dan kelemahan. Ia
terdapat dalam beberapa tempat dalam
al-Quran:

"Allah sekali-kali tidak mempunyai anak,
dan sekali-kali tidak ada
tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada
tuhan beserta-Nya, masing-
masing tuhan itu akan membawa makhluk
yang diciptakannya, dan
sebagian dari tuhan-tuhan itu akan
mengalahkan sebagian yang lain.
Maha Suci Allah dari apa yang mereka
sifatkan itu,"

(al-Mu'minuun: 91)


" Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia
kehendaki dan memilihnya.
Sekali-kali tidak ada pilihan bagi
mereka. Maha Suci Allah dan Maha
Tinggi dari apa yang mereka persekutukan
(dengan Dia)."

(al-Qasas: 68)


Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah
kita simpulkan bahawa kalimah
"Subhaanallah" adalah bermaksud Allah
Subhaanahu Wata'ala adalah Suci
dari segala kekurangan, kelemahan dan
ketidak sempurnaan yang tidak
layak bagiNya.

Justeru, apabila melafazkan kalimah
"Subhaanallah" , seharusnya
terlintas di dalam hati kita bahawa
Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha
Sempurna serta langsung tidak ada
kekurangan atau kelemahan.
Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri
kita ini adalah hamba yang
hina kerana kita ini serba kekurangan
dan banyak membuat kesilapan.
Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah
dan ditaati, dan kita pula
langsung tidak layak untuk menderhakai
Allah, walaupun sedikit.


ii- Alhamdulillah (الحمد لله)


Maksudnya jelas lagi tegas, iaitu:
segala pujian itu adalah bagi
Allah. Hanya untuk Allah. Iaitu, segala
ucapan pujian, kesyukuran dan
penghargaan itu hanya layak bagi Allah,
kerana Dialah yang menjadikan
segala nikmat, dan segala perjalanan
dunia ini dialah yang mengaturnya. Maka
jika ada sesuatu yang menggembirakan,
sememangnya
yang paling layak untuk menerima pujian
dan penghargaan adalah Allah,
kerana dialah yang telah menetapkan
segala-galanya.

Seharusnya apabila kita dipuji,
sebaik-baiknya kita panjangkan terus
pujian itu pada Allah dengan ucapan
Alhamdulillah, kerana Dialah yang
sebenarnya layak untuk pujian itu, dan
dengan berbuat demikian boleh
mengelakkan kita daripada takabbur dan
bangga diri.

Dan tidak salah mengucapkan terima kasih
sebagai tanda penghargaan
sesama manusia, kerana sabda Rasulullah
s.a.w.:

لَا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih
kepada manusia, dia tidak
bersyukur kepada Allah"

(Hadith riwayat Ahmad, Abi Daud dan
Turmuzhi)


Namun, harus diingat, bahawa ucapan
syukur dan pujian sesama manusia
adalah bersifat majaz (kiasan)
semata-mata, kerana hakikatnya, Allah
lah yang menjadikan segala-galanya.
Justeru setiap kali kita memuji
atau dipuji, haruslah kita ingat
bahawasanya yang sebenar-benar layak
bagi segala pujian adalah Allah, supaya
kita tidak terjerumus dalam
lembah kesyirikan dan takabbur.


iii- Allahuakbar (الله أكبر)

Kalimah "Akbar" adalah dalam wazan
tafdheel, justeru akbar bermaksud
yang maha besar, yakni yang paling
besar. Justeru kalimah Allahuakbar
bermaksud, bahawasanya Allah lah yang
paling besar, yang paling
penting, dan paling mustahak. Tiada
perkara lain yang lebih utama
berbanding Allah Ta'ala. Segala perintah
Allah mesti didahulukan dari
segala urusan yang lain. Larangan Allah
mestilah dijunjung dan
diutamakan dari tuntutan dan pujuk rayu
hawa nafsu. Justeru, Allah
lah yang paling utama dan paling besar
dalam alam ini, dan paling
besar dalam kehidupan setiap hamba.
Berapa kali sudah kita
menyebutnya, terutamanya dalam
sembahyang. Siang dan malam.
Bayangkanlah jika kalimah ini dihayati,
sudah tentu di luar
sembahyang pun, Allah jualah yang
menjadi matlamat hidup dan prioriti
utama dalam segala hal.

Mudah-mudahan selepas kita memahami dan
memikirkan maksud kalimah-
kalimah zikir ini, dapatlah kita
menghayati zikrullah dan seterusnya
memberi kesan kepada hati dan
menambahkan keimanan. Wallahu alam

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP