.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Fakta dan Sejarah tentang Emas

Rabu, 21 November 2012



1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.


11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.


21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia
digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.


51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

sumber

Read more...

Kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

Selasa, 20 November 2012


JIKA :
~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
dan
~ Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -

'Mengapakah saya tidak Syahid? 

Read more...

Kemah Keming Ustaz Azhar (episod 1)

Selasa, 13 November 2012



 Download Kemah Keming  
Episod 2
 Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
 Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod10
 Episod 11 
Episod 12
Episod 13
Episod 14
 Episod 15
Episod16
Episod 17
Episod18
 Episod 19
Episod 20
Episod 21 
Episod 23
 Episod 24
Episod 25


update akan disusuli kemudian...:-)






Read more...

Udang Kara Masak Lemak

 


    Bahan-bahan:
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • Sedikit kunyit dan lengkuas
  • 1 biji limau
  • 2 hiris tomato

    Cara penyediaan:
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili kering (yang telah direbus), kunyit dan lengkuas
  • Masukkan ke dalam santan dan didihkan
  • Masukkan limau, tomato dan masukkan isi udang (yang telah direbus)
  • Sedia untuk dihidang
  • cuit sedikit sedikit

Read more...

Kain rentang yg sangat Best

Isnin, 17 September 2012

....... honest






Read more...

KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

Sabtu, 2 Jun 2012


KISAH KEINSAFAN: Jutawan Arab, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk 'Miskin'


Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – sumber

Read more...

Nongkrong (2012) DVDRip

Khamis, 31 Mei 2012

::INFO::
Source: Nongkrong (2012) DVDRip RMVB/MKV-KURYU
Encoder: Kuryu
Genre: Comedy | Horror
Runtime: 90 min
User Rating: N/A
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt2145756/
FOR SUBTITLE:
SEACRH HERE
SEACRH HERE
PLOT MOVIE
“Nongkrong” features three different men named Aman (Angah), Bada (Sam) and Cumi (Epy) who try to obtain riches through lazy means, by buying lottery numbers. Cumi is desperate to propose to his longtime girlfriend, Lin (Nuremy) while Bada and Aman just want to change their families’ lives for the better. The three then decide to meet a Malay shaman in order to obtain winning lottery numbers. The shaman summons a beautiful sea princess to help them, on the condition that Bada weds the princess. However, when the princess transforms into a hideous creature on the day of their wedding, the three of them turn tail and run, and so the chase begins…


Read more...

Menara Tertinggi Asia Tenggara

Takhta Petronas Twin Tower sebagai menara tertinggi Asia Tenggara bakal tumbang menjelang tahun 2020. Do Indonesia Signature Tower sedang giat dibina dan apabila siap kelak bangunan 111 tingkat setinggi 638 Meter ini akan menjadi menara ke lima tertinggi di dunia. Ini berbanding hanya 88 tingkat dan 452 Meter pada menara berkembar Petronas. Projek bernilai 18 Trillion Rupiah (RM 6 Billion) ini bakal menempatkan hotel, pusat beli belah serta ruang pejabat. Pembinaan menara ini ialah bagi memenuhi kehendak ruang pejabat yang semakin tinggi di Jakarta. Ia juga bakal menjadi bahan berlagak warga Indonesia bila bergaduh dengan Malaysian di Youtube dan Forum . "Menara kami lebih tinggi donk!. WKWKWKWKWKW"






Laporan asal SkyscraperCity

Read more...

No Plat WWW 1

WWW ialah plat nombor kereta yang terhangat bulan ini. Ada aku dengar rumours pemilik WWW 1 membayar lebih setengah Juta untuk kereta milik beliau. Pada awalnya aku tak tahu siapakah individu yang sanggup membayar sebanyak itu hanya untuk sebuah nombor pendaftaran kereta dan hari ini misteri ini terjawab. Behold..Rupanya tak lain tak bukan Sultan negeri aku Johor. The surprising part is kenapa harga WWW 404 dan WWW 1337 murah. Nampak sangat yang memohon nombor WWW ini tidak banyak yang G33k dan 1337
Thanks @Azrul_Azizan for the Twitip


Untuk senarai penuh nombor kereta yang ada WWW sila ke Laman JPJ Disini

Read more...

Tablet PC Samsung Galaxy One


Tablet Windows8 ialah antara produk yang dinantikan kerana ia bakal menjadi peranti sinergi sebuah tablet dan sitem operasi Windows. Permasalahan utama tablet yang ada sekarang ialah ianya masih belum boleh meggantikan desktop sebagai peranti perkerjaan harian. Samsung Galaxy One ialah konsep rekaan Laura Hong dan Charles de Belizal. Ia bukan sahaja sebuah tablet PC malahan ianya juga sebuah projektor. Anda boleh menggunakan mana-mana permukaan rata sebagai monitor dan Galaxy One akan berubah menjadi papan kekunci. Ia juga dilengkapi stylus seperti Galaxy Note dan ini membolehkan anda menggunakan perisian Photoshop macam diatas sebuha Wacom Cintiq. Nice concept tetapi bateri mesti drain tahap gaban. On another side note branding GALAXY adalah khas hanya untuk peranti Android jadi penamaan Galaxy One disini adalah misnomer.






Laporan asal Yanko

Read more...

Jika Poster Kempen Obama Direka di Malaysia


Harus diakui poster pilhanraya parti politik Malaysia semuanya macam haram. Seakan tidak berovolusi semenjak 1957. Poster pilihanraya Obama pula sangat moden dan dikatakan antara penyebab golongan muda can relate to him in the successful 2008 election. Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa poster pilihanraya Barrack Obama sekiranya poster beliau direka oleh "designer" Malaysia?






Read more...

Model Masjid Sultan Abu Bakar Dipasang Di Legoland


Masjid Sultan Abu Bakar ialah antara masjid yang tercantik di Malaysia. Ianya dibina pada tahun 1892 dan siap sepenuhnya pada tahun 1900. Ianya dibina oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar dan mempunyai rekaan yang berlainan dari masjid yang terbina sebelumnya. Pengaruh kolonial England dapat dilihat pada rekaan masjid dengan menara masjid dibina seakan menara jam era Victorian. Ianya direka oleh Tuan Haji Muhammad Arif bin Punak. Masjid ini adalah antara monumen yang pasti anda lihat apabila pergi ke Johor Bahru. Too bad masjid ini juga dikenali sebagai masjid Mawi kawhwin dikalangan peminat muzik tanah air.

Dibawah ialah model masjid ini yang diletakkan di LEGOLAND Johor. Awesome! Masjid Sultan Abu Bakar adalah salah satu mercu tanda Johor yang diabadikan dalam versi miniatur di Legoland. Terdapat hampir 100 mercu tanda terkenal dari Malaysia dan seluruh dunia akan diletakkan di Legoland apabila ia siap kelak. Tahukah anda setiap satu model harganya boleh mencecah RM100 000 dan memerlukan ratusan jam untuk dibina. Cool beans!

Gambar ehsan saudara @Hazrey dan jika anda mahukan laporan lebih terperinci nantikan kemunculan segmen LEGOLAND di Majalah Tiga tidak berapa lama lagi. Boleh tengok sneak peak pembinaan taman tema termahsyur dunia ini. Yeah!






Read more...

Apartment Dengan Bilik Terapung

Staying on the topic of rumah dan penggunaan ruang, apartment dibawah ialah satu lagi contoh penggunaan ruang yang bijak. Bilik tidur didalam apartment di Montrouge Perancis ini dibina untuk terapung diatas ruang tamu. Apartment ini kecil dengan saiz hanya 538 kaki persegi dan solusi yang diambil oleh firma ECDM untuk menghasilkan ruang besar sangatlah kreatif fan cool. Rumah aku nanti tidak lah sekecil ini tapi konsep bilik terapung sangat appealing. Now to find a way to incorporate this idea in my house.

In b4 "kalau seks ganas tak tanggal ke bilik dari siling?"





Laporan asal sini

Read more...

Alodia Gosiengfiao : Cosplayer Dari Filipina

Alodia Gosiengfiao (24) ialah seorang cosplayer yang berasal dari Quezon Filipina dengan peminat dari serata dunia. Beliau kini dilantik menjadi duta untuk saluran Animax dan baru-baru ini beliau menghadiri Malaysian Games and Comic Convention. Alodia sudah mula menjinakkan diri didalam bidang Cosplaying sejak berumur 15 tahun dan sepanjang pembabitan beliau sudah bercosplay sebanyak 40 watak kesemuanya. Dibawah ialah photoshoot yang dilakukan oleh WakarimasenLOL.com .

Sila lawati WakarimasenLOL untuk berita anime dan cosplaying seluruh Malaysia. Got aweks pictar also





Read more...

Spider - Tapi Bagaimana (Official MV)

Jumaat, 11 Mei 2012


memang best...layan

p/s : sape lagi nak sokong produk kite jika bukan kita 1 MALAYSIA

Read more...

Kelebihan Android

Selasa, 8 Mei 2012

kelebihan android
Setiap Smartphone masa kini mempunyai kelebihan masing – masing. Dari Blackberry yang multifunction sehingga android. Admin akan bercerita mengenai android yang menurut beberapa sumber sudah menguasai lebih dari 33% dari seluruh pasaran handphone baru. Jika beberapa tahun lalau masih didominasi oleh symbian, sekarang nokia sudah mularisau melihat perkembangan android yang begitu cepat.
1.Percuma
Produk dari google ini, Android boleh digunakan dengan percuma. Anda boleh customize sendiri aplikasi yang akan digunakan. Bagi pengeluar smartphone, Android merupakan pilihan menarik kerana harganya yang “free” sehingga boleh mengurangkan kos pengeluaran dari handphone yang mereka keluarkan.
Oleh kerana banyak syarikat pengeluar dan developer software yang mengembangkan aplikasi android, pengguna juga boleh memilih aplikasi yang sesuai dengan keperluan masing – masing. Hanya mencari aplikasi di android market kemudian install pada handphone. Jika tidak sesuai dengan keperluan hanya perlu uninstall dan mencari aplikasi lain di android market.

2. Multi Tasking
Seperti notebook, semua handphone android boleh multitasking. Ertinya pengguna boleh memerintahkan handphone untuk membuat beberapa tugas sekaligus. Sebagai contoh, semasa anda download aplikasi, anda boleh menggunakan aplikasi lain seperti mendengar muzik, login ke twitter dan tugas lain.
Seperti apa yang dikatakan Steve Jobs (Apple), PC tablet akan menggantikan tugas notebook tetapi dengan gadget yang lebih ringan.

3. Selalu Update
Seperti operating system “open source” yang lain, Android selalu “ up-to-date” untuk melakukan perubahan. Setiap kali ada “bug” yang baru ditemui, pencipta aplikasi akan menyediakan “patch” untuk memperbaikinya. Dan jangan lupa, setiap versi yang diupgrade akan meningkatkan performance OS itu sendiri.
4. Nama Baik Google
Tidak dinafikan google menjadi salah satu alasan kenapa android cepat dipercayai oleh semua orang di dunia. Google selalu menghadirkan warna baru di internet melalui produk – produk mereka yang penuh dengan inovasi. Dan yang lebih penting lagi, sebagian besar produk google boleh dinikmati dengan percuma.
Dan seperti produk google yang lain, android menjadi terkenal dan terima masyarakat dunia kerana google. Bahkan dikatakan android “menumpang” nama google untuk menjadi terkenal.

5 : Sokongan Smartphone Popular
Mungkin ini yang dinamakan “simbiosis mutualisme” antara pengeluar handphone kelas atas dengan google. Untuk mengurang kos operasi pengeluar handphone akan mencari OS yang berkualiti dengan harga seminimum mungkin dan pada masa yang sama google datang dan memberi tawaran “android” dengan harga “percuma”. Merupakan perkara yang bodoh jika menolak tawaran tersebut, beberapa pengeluar terkenal mula meyokong Android diantaranya Samsung, Motorola, HTC dan sony ericsson.
6. Aplikasi yang pelbagai.
Jika anda baru menggunakan android, cuba anda buka menu android market. Disitu ada beribu aplikasi yang siap sediadigunakan bermula dari aplikasi untuk pekerjaan seharian, aplikasi gallery foto, aplikasi jejaringsocial, games dan banyak lagi.
Hanya perlu memilih aplikasi mana yang anda ingin digunakan dan install pada handphone anda. Walaupun begitu, beberapa aplikasi memang bersifat komersial sehingga anda harus mengeluarkan wang saku untuk menggunakannya.
Beberapa kelebihan di atas adalah gambaran umum kenapa harus memilih android.

sumber

Read more...

Rumah yang dekat Beneria Ipoh


































Read more...

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP