.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Anti Virus Dalam Diri

Isnin, 28 November 2011



Korang lebih suka memakai Anti Virus yang mana???? Avira? Norman? Norton? Smadav? AVG? Kaspersky? Ad-Aware? PcMav?? atau anti virus jenis lain???
Pakar IT mengatakankan semua anti-virus tidak ada yang paling bagus, semua ada kelemahan masing-masing. Ada rakan yang mengatakan apa yang paling utama ialah cara kita menjaga ‘Sistem keamanan data’
Tidak kisah menggunakan Antivirus yang mana, Yang Penting Antivirus itu kerap di Update dan komputer korang selalu di Scan dengan anti virus yang korang install??
Update yang baik ialah seminggu sekali, dan antivirus yang saya guna mencadangkan untuk Complete System Scan seminggu sekali.
Dan jika ada virus.. ada yang patut di delete, ada juga yang patut di Quarantine…
Tapi bagaimana dengan kehidupan manusia? Kita tidak ada peluang untuk ‘format’ diri kita. So untuk mengelakkan atau mengurangkan serangan virus-virus jahat kita boleh runkan sistem antivirus.


1. UPDATE
Apakah kita sering meng’update’ ilmu-ilmu agama??? kerana Ilmu itu penting dan mengangkat darjat seseorang dalam sisi agama. Selalulah mendengar tazkirah, soal-jawab, ceramah agama di Masjid, surau, TV, internet dan sebagainya. Jangan hanya siaran langsung bolasepak kita sanggup ‘mencatuk’ di depan TV tapi apabila rancangan keagamaan entah kenapa remote TV lekas-lekas di cari.
Perbezaan harta dengan ilmu
Kita menjaga harta tetapi Ilmu menjaga kita….
Jika harta kita beri kepada orang lain,harta kita akan berkurang…
Tetapi jika ilmu beri bagi ke orang… ilmu kita tidak akan berkurang malah pahala kita akan bertambah jika ilmu tersebut adalah ilmu yang baik.
tetapi ingat… ilmu sejati harus diamalkan dan diajarkan kerana belajar bukanlah hanya mengetahui apa yang kita lakukan tetapi juga melakukan apa yang sudah kita ketahui…
2. SCAN
Sudah kita SCAN Diri kita sendiri??? Di dalam Islam dinamakan MUHASABAH.
Antivirus tidak boleh meng-scan komputer orang lain yang memakai anti virus jenis lain.
Lihatlah kekurangan sendiri dulu, perbaikilah diri sendiri dahulu. Jangan lihat kesalahan orang lain dahulu tetapi carilah kesalahan sendiri.
Jika program anti virus selalunya ada kekurangannya tersendiri..ambillah hikmahnya agar jadi pembelajaran buat diri sendiri…
Orang alim ulama melakukan Complete System Scan Setiap Hari.
3. QUARANTINE AND DELETE
Jika sudah di scan dan terdapat virus atau dosa dan kesalahan di hati kita.
Jadikan dosa-dosa yang lalu sebagai pelajaran agar kita tidak mengulangi kesalahan yang sama lagi di masa akan datang.
Quarantine lah dosa-dosa kita di dalam otak..
Tetapi Delete kesalahan-kesalahan itu yang ada d hati kita agar hati kita selalu bersih dari virus-virus
4. SCHEDULE
Jadualkan segala amalan dan ibadah kita dan biasakanlah untuk diamalkan.
Taatilah peraturan yang sudah ter’Schedule’..
Jauhi larangan-larangan yang diaturkan.
Ini kerana amalan yang sedikit-sedikit tapi konsisten jauh lebih baik dibandingkan amalan besar yang jarang kita lakukan.
5.AUTO-GUARD
Dengan Agama jika kita benar-benar yakin dan mengamalkannya.
Insya Allah secara automatik kita terhindari atau menghindarkan diri dari virus-virus dunia yang menjadi perosak akhirat.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP