Bumi Dicipta Dengan Sempurna
Ahad, 30 Oktober 2011
Salah satu penemuan mutakhir di dunia sains yang menjadi buah bibir di kalangan ahli sains adalah apa yang disebut “prinsip anthropic”. Prinsip ini mengungkapkan bahawa setiap detail yang terdapat di alam semesta telah dirancang dengan ketepatan yang sempurna untuk memungkinkan manusia hidup.
Contoh kecil dari prinsip anthropic ini dapat kita temui pada fakta-fakta yang berkaitan dengan keadaan bumi. Dalam perkara ini, seorang astronomi Amerika Hugh Ross dalam bukunya yang berjudul The Fingerprint of God, Recent Scientific Discoveries Reveal the Unmistakable Identitiy of the creator telah membuat penemuannya sendiri seperti berikut.
Jarak matahari ke bumi adalah 149,669,000 kilometer.Jarak ini dikenali sebagai satuan astronomi dan biasa dibulatkan (untuk memudahkan perkiraan) menjadi 148 juta km. Dibandingkan dengan bumi, diameter matahari kira-kira 112 kali ganda. Daya tarikan matahari kira-kira 30 kali ganda daya tarikan bumi. Sinar matahari menempuh masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.
-Jika lebih jauh: planet bumi akan terlalu sejuk bagi kitaran air yang stabil
-Jika lebih dekat: planet bumi akan terlalu panas bagi kitaran air yang stabil
2. Graviti di permukaan bumi
Graviti permukaan dari sebuah objek astronomi (planet, bintang, dll) adalah kecepatan graviti yang berlaku pada permukaan objek tersebut. Graviti permukaan bergantung pada massa dan radius objek tersebut. Seringkali graviti permukaan dinyatakan sebagai ratio dengan nilai yang berlaku di Bumi.
-Jika lebih kuat: atmosfera bumi akan menahan terlalu banyak gas beracun (amonia dan methana)
-Jika lebih lemah: atmosfera bumi akan terlalu tipis kerana banyak kehilangan udara
3. Period pusingan bumi
Pusingan Bumi merujuk pada gerakan berputar planet Bumi pada sumbunya dan gerakan di orbitnya mengelilingi matahari. Masa pusingan Bumi pada sumbunya dalam hubungannya dengan bintang ialah 23 jam, 56 minit dan 4.091 saat. Masa pusingan dalam kaitannya dengan matahari ialah 24 jam.
-Jika lebih lama: perbezaan suhu pada siang dan malam hari terlalu besar
-Jika lebih cepat: kecepatan angin pada atmosfera terlalu tinggi
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, Surah Yassin:38)
4. Albedo
Albedo merupakan sebuah besaran yang menggambarkan perbandingan antara sinar matahari yang tiba di permukaan bumi dan yang dipantulkan kembali ke angkasa dengan terjadi perubahan panjang gelombang (outgoing longwave radiation). Perbezaan panjang gelombang antara yang datang dan yang dipantulkan dapat dikaitkan dengan seberapa besar tenaga matahari yang diserap oleh permukaan bumi.
-Jika lebih besar: zaman ais tak terkawal akan terjadi
-Jika lebih kecil: Kesan rumah kaca tak terkawal akan terjadi
5. Aktiviti gempa
Gempa bumi adalah getaran atau goncangan yang terjadi di permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan kerak bumi (lempeng bumi). Kata gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan asal terjadinya kejadian gempa bumi tersebut. Bumi kita walaupun padat, selalu bergerak, dan gempa bumi terjadi apabila tekanan yang terjadi kerana pergerakan itu sudah terlalu besar untuk dapat ditahan.
-Jika lebih besar: terlalu banyak makhluk hidup binasa
-Jika lebih kecil: bahan makanan dasar laut tidak akan di ulang ke daratan melalui pengangkatan tektonik
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)
6. Ketebalan kerak bumi
Kerak bumi adalah lapisan terluar Bumi yang terbagi menjadi 2 kategori, iaitu kerak samudera dan kerak benua. Kerak samudera mempunyai ketebalan lebih kurang 5-10 km, sedangkan kerak benua mempunyai ketebalan lebih kurang 20-70 km. Penyusun kerak samudera yang utama adalah batu basalt, sedangkan batu penyusun kerak benua yang utama adalah granit, yang tidak sepadat batuan basalt. Kerak bumi dan sebagian mantel bumi membentuk lapisan litosfer dengan ketebalan total kurang lebih 80 km.
-Jika lebih tebal: terlalu banyak oksigen berpindah dari atmosfera ke kerak bumi
-Jika lebih tipis: aktiviti tektonik dan vulkanik akan terlalu besar
7. Medan magnet bumi
Magnetosfera Bumi adalah suatu kawasan di angkasa yang bentuknya ditentukan oleh luasnya medan magnet dalaman Bumi, plasma angin matahari, dan medan magnet antara planet. Di magnetosfer, campuran ion-ion dan elektron-elektron bebas samada dari angin matahari atau pun ionosfir bumi dibataskan oleh gaya magnet dan elektrik yang lebih kuat daripada graviti dan perlanggaran.
-Jika lebih kuat: badai elektromagnetik akan terlalu merosakkan
-Jika lebih lemah: kurangnya perlindungan dari radiasi berbahaya yang berasal dari luar angkasa
8. Hubungan graviti dengan bulan
Bulan yang ditarikan oleh daya graviti Bumi tidak jatuh ke Bumi disebabkan oleh daya sentrifugal yang timbul dari orbit Bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal Bulan adalah sedikit lebih besar dari daya tarikan menarik antara graviti Bumi dan Bulan. Hal ini menyebabkan Bulan semakin menjauh dari bumi dengan kecepatan sekitar 3.8cm/tahun.
-Jika lebih besar: kesan pasang surut pada laut, atmosfera dan period pusingan semakin merosak
-Jika lebih kecil: perubahan tidak langsung pada orbit menyebabkan ketidakstabilan iklim
9. Kadar karbondioksida dan wap air dalam atmosfera
Atmosfera Bumi terdiri atas nitrogen (78.17%) dan oksigen (20.97%), dengan sedikit argon (0.9%), karbondioksida (variabel, tetapi sekitar 0.0357%), wap air, dan gas lainnya. Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinar ultraviolet dari matahari dan mengurangi suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75% dari atmosfera ada dalam 11 km dari permukaan planet. Atmosfera tidak mempunyai batas, tetapi agak menipis lambat laun dengan menambah ketinggian, tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa luar.
-Jika lebih besar: kesan rumah kaca tak terkawal akan terjadi
-Jika lebih kecil: kesan rumah kaca tidak memadai
10. Kadar ozon dalam atmosfera
Ozon terdiri dari 3 molekul oksigen dan amat berbahaya pada kesihatan manusia. Secara alamiah, ozon dihasilkan melalui percampuran cahaya ultraviolet dengan atmosfera bumi dan membentuk suatu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer. Ozon tertumpu di bawah stratosfer di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai ‘lapisan ozon’. Ozon dihasilkan dengan pelbagai persenyawaan kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinar ultraviolet (UV) dari matahari.
-Jika lebih besar: suhu permukaan bumi terlalu rendah
-Jika lebih kecil: suhu permukaan bumi terlalu tinggi, terlalu banyak radiasi ultraviolet
Penemuan di atas hanyalah sedikit contoh dari sekian banyaknya data yang melimpah tentang adanya prinsip Antrophic. Namun, yang sedikit inipun cukup untuk menghancurkan mitos yang dipercayai oleh para cendekiawan keduniaan dan para pengganut atheis, iaitu bahawa keadaan bumi beserta kehidupan yang terdapat padanya terjadi secara kebetulan melalui serangkaian peristiwa tanpa perangan.
Siapapun yang mempelajari data-data ini tidak akan gagal untuk sampai pada kesimpulan bahawa bumi ini merupakan tempat yang telah dirancang dengan tingkat kerumitan yang tidak terbayang dan dengan kesesuaian yang sempurna demi kehidupan di dalamnya.
Ini membuktikan bahawa bumi, langit dan seisinya tidak tercipta secara kebetulan. Tuhan itu ada. Allahu Akbar.
“Dialah pencipta langit dan bumi.”
(AlQuran; Surah Al-An’aam Ayat 101)
Posted @ www.isuhangat.net.
0 komen:
Catat Ulasan