.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Demontrasi itu Harus, Provokasi itu haram

Isnin, 11 Julai 2011



Isuhangat pernah menyiarkan gambar-gambar demontrasi di Mesir, Libya, Bahrain dan sebagainya. Boleh semak di link ini. http://www.isuhangat.net/?s=demonstrasi&x=0&y=0
Sabtu lalu, kita semua tahu berkenaan demontrasi Bersih 2.o yang menyebabkan Kuala Lumpur lumpuh selama sehari. Kita lihat rentetan perhimpunan Bersih 2.0 ini
Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.
Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu, iaitu :
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil

6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.
Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.
Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.
Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.
Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.
Sekarang kita lihat, perbincangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR) secara kolektif dengan ilmuwan di Malaysia yang kerap menjadi rujukan masyarakat. Sebahagian ilmuwan yg hadir termasuklah ustaz yang saya kagumi disiplin ilmunya iaitu Ust Dr Zahazan Mohd, Ust Dr Zulkifli al-Bakri at-Takiri, Ust Hasrizal Abd Jamil. Imam Muda Asyraf pun turut hadir sama berbincang.. Muafakat mereka memutuskan DEMONSTRASI ITU HARUS, PROVOKASI ITU HARAM.
————————————-
Antara ahli-ahli jemaah Usrah Ilmuan Shariah & Daie Malaysia ini adalah:
1. Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Mursyid Liqa’)
2. Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman ( Pengerusi / Moderator Liqa’)
3. Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
4. Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
5. Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
6. Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
7. Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
8. Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
9. Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,
10. Ustaz Ramadhan Fitri Elias,
11. Ustaz Dr. Maszlee Malik,
12. Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
13. Ust Syed Mohd Norhisyam
Video dari youtube usrah tersebut:
Antara gambar-gambar hangat demonstrasi Bersih 2.0 9 Julai 2010.
































Sumber: tranungkite

0 komen:

About

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP