Cara menghalau hantu
Selasa, 6 April 2010
Artikel ini ialah hasil dari diskusi geng blalang_group aku, kisah bermula dari seorang member blalang_group yang minta bantuan bagaimana nak menghalau makhlus halus di rumahnya yang kosong kerana penyewa sebelum ini yang berpindah kerana keguguran dipercayai angkara makhluk halus tersebut. Banyak perkara-perkara misteri yang berlaku di rumahnya yang tak ter’paste’ di blog isuhangat ni.
Apa yang saya nak kongsi ialah pengalaman En Senapang Patah bagaimana dia mengatasi gangguan makhluk halus tanpa bantuan bomoh. Jangan la guna bomoh kerana silap sikit kita boleh menjadi syirik terutama bomoh yang dia sendiri tak pernah solat di masjid.
Ikutilah kisahnya… jeng..jeng..jeng..
Dengan nama Allah
Selawat & salam kpd Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w & klrga
Semoga sejahtera…
Utk berkongsi pengalaman…kalu ade kebaikan ikut, kalu bawa kesesatan jgn ikut & tlg beri nasihat pada Hambe.
Anak hambe umur 3++ sering nampak antu/setan/jin, mula2 hambe buat tak tau sebab sangka dia main2. Oleh krn kerap sgt dia tegur apabila melalui satu kaw. d puchong selangor, maka satu ari hambe layan dia bercakap.
Hambe tya mcm mana rupa?
Duk kat mana?
Buat ape?…dgn niat saje nak layan anak hambe berbual.
Selang beberapa ari lePAS ‘tegur’ tersebut, anak hambe nangis, dia nampak antu/setan/jin dlm rumah plak, atas almari… Hambe syak antu/setan/jin tersebut ikut balik rumah sebab kami dah ‘tegur’ dia ari tu.
Setan dah janji akan sesatkan anak adam selagi boleh…
Mula2 hambe x percaya, sangkakan dia salah pandang. Hambe buat tak tau je, tapi dia tak mau masuk bilik.
Kali ke 2, dia menangis lg semasa hambe dlm bilik kecik… Hambe sangka dia bergaduh dgn adik Nur Aishah. Bila hambe tengok dia tgh paling kan muka ke bawah bantal. Dia kata nampak antu dlm bilik blkg pulak. Atas almari.
Perkara pertama hambe azan. Waktu tu dlm pukul 11 pg.
Selesai azan hambe tya, ade antu lagi?
Anak hambe kata ade lg warna putih…
Perkara ke2 hambe baca 3 Qul.
Selesai baca hambe tya, ade antu lagi?
Anak hambe kata ade lg warna merah…
Perkara ke3 hambe baca 3 ayat kursi.
Selesai baca hambe tya, ade antu lagi?
Anak hambe kata x ade …Alhamdulillah…
Hambe sangka antu/setan/jin dah lari terus, selang beberapa ari sekali lagi anak hambe nampak. Dia ketakutan…hambe buat perkara ke2 & perkara ke3 spt d atas. Alhamdulillah…
Tapi sampai bila…
Hambe teringat pesan satu ustazah, dia kata baca surah al Baqarah dlm umah, selama 3 ari antu/setan/jin tak masuk umah. Tapi surah al Baqarah panjang tuh…286 ayat
Memang jd kebiasaan hambe suka belek2 kitab Hadith Sohih Muslim d masjid sementara tunggu isyak. Belek punya belek…hambe jumpa sesuatu yg sgt mengujakan & boleh selesaikan masalah hambe…insyaAllah
Begini lebih kurang maksud dpd Hadith Sohih Muslim ;
“ketika Nb Muhammad s.a.w duduk bersama Jibril a.s, kedengaran bunyi pintu d buka. Jibril a.s menerangkan itu bunyi pintu langit terbuka. pintu tersebut tidak pernah terbuka selama ni. kemudian kelihatan malaikat turun.
Jibril a.s menerangkan malaikat itu tidak pernah turun ke bumi sebelum ini.
Malaikat tersebut turun dgn membawa nur yg tak pernah d anugerahkan kpd selain nabi, ianya khas utk Nb Muhammad s.a.w.
Nur tersebut ialah surah al Fatihah & 3 ayat terakhir iaitu 284, 285 & 286 surah al baqarah.”
Kalau nak lebih yakin sila semak dlm kitab sohih muslim.
Jadinya hambe buat kesimpulan apa yg ustazah tersebut bgtau adelah berdalilkan hadith sohih tersebut…
Hambe terus baca ayat2 tersebut setiap hari alhamdulillah…insyaAllah.
Dan antu/setan/jin tersebut tiada lg mengganggu anak hambe alhamdulillah…insyaAllah.
Antara lain ayat al Baqarah tersebut bermaksud memohon perlindungan dpd “golongan kafir”.
Di sebalik kejadian tersebut, ade sesuatu yg besar Allah nak beri kpd kita. Iaitu melazimi al Quran setiap hari. Akhirnya timbul rindu, ketagih & kasih akan al Quran…seterusnya rinduh & kasih akan Allah & Rasulullah s.a.w…masyaAllah suhanAllah alhamdulIllah Allahuakbar…
Carilah al Quran yg ade terjemahan & tafsir. Akan terbuka lebih byk jln2 Nya…insyaAllah.
Jgn duk tafsir sendiri…nanti ngaku rasul plak…na’uzubillah
Surah 29 al Ankabut; ayat 69
69.Dan org2 yg berjihad utk (mencari keredhoan) Kami, benar2 akan kami tunjukan kpd mrk jln2 kami.
Segala yg baik itu dpd Allah, manakala yg buruk itu kelemahan hambe (bersangka baik dgn Allah…)
Ok , saya pula ingin kongsi semula MP3 ayat Ruqyah iaitu ayat pengesan dan penawar sihir dari blog isuhangat yang lama. Cara memparaktikkannya ialah membuka ayat ini 3X 3 hari berturut-turut bagi kes-kes berat dipercayai dapat menghalau jin dalam rumah dan mungkin dalam badan anda! Boleh juga sebagai penawar bagi anak-anak yang suka menangis malam.
PS:Jgn sekali2 berikhtiar dgn bomoh, cuba saranan di atas. Atau minta pertolongan ustaz.
Artikel asal ISUHANGAT
0 komen:
Catat Ulasan