Sepanjang perjalanan Hujan....
Sabtu, 16 Mei 2009
Syukur sepanjang perjalanan aku dan Keluarga ke Madinah hujan .perjalanan makan masa lebih kurang 1 jam 35 minit.Sementara itu dalam perjalan Kami sempat siggah ke bukit pasir.Di sini kawasan bukit pasir tinggi dan pasir disini halus sangat.Ia ter bentuk cuma di sesetengah tempat je...kawasan disini pun beranginku.Aku berjaya mendaki bukit ini sampai ke puncak bersama sama keluarga.seronok la dapat naik kat atas...kira macam mendaki gunung salji...betul tgk gambar nie.Kemudian kami melawat perkuburan Al -Syahid di peperangan Badar.Disinilah tempat terjadinya peperangan pertama di dalm sejarah Islam dan disini jugalah permulaan titik tolak Islam berkembang.Kalau ditakdirkan Islam kalah pada masa itu islam tidaklah akan berkembang.Jadi peperangan Badar ini adalah penting bagi Islam,bermula dari sinilah Islam berkembang sehungga kini. Al-Fatihah...
Kita orang teruskan perjalanan ke Madinah...lebih kurang sejam perjalanan kami sampailah di kawasan Al Madinahtul Munawwarah.Setibanya di sana Tempat yang kitaorang tuju ialah Masjid Qubah...iaitu Masjid yang pertama dibina dalam Islam.Aku semua singgah di sini dan bersolat sunnat dan melawat sekitar Masjid disini.
Selepas itu kami tiba di Masjid Nabawi.Aku berasa bagai mimpi ,kira macam x percaya sampai di masajid nabi nie.Yaallah bersyukurnya rasa dapat jejak kaki ke sini.Mula-mula sekali bila sampai aku terus solat sunnat...di masjid ni pahala dia kalau kita solat 1000kali ganda,kalau di Masjidil Haram 100000 dan satu lagi Masjid Al-Aqsa 500 ini adalah 3 masjid mulia dalam Islam.Sesudah solat aku xtak sabar sabar lagi nak pergie ke Raudah (tempat mustajab doa) dan ke melawat Makam Nabi Muhammad S.A.W.
Kalau kat Masjidil Haram kawasan Kaabah dan Hijil Ismail penuh sesah...tapi kat Masjidil Nabawi pula kawasan Raudah inilah penuh sesak dengan orang .sesampainya aku disitu terus aku behimpit-himpit untuk masuk dan mencari ruang untuk solat sunat.Alhamdulillah lepas limabelas minit mencari-cari tempat dapat jga aku solat sunnat di Raudah dah berdoakan di tempat yang mustajab doa ini.Dari awal lagi hati aku terrsa sebak untuk sampai ke Raudah ini dan apabila aku lihat sendiri tiba air mata aku terkeluar dengan sendiri dan sehingga aku menziarahi Makam Baginda Rasullah S.A.W.sebaik aku lalu di Makam Baginda Rasullah aku ucapkan Assalammualikum Ya Rasullah...kawan kawan aku yang lain jugamemberi salam kepada Mu Rasullah.Aku terus berselawat dan salam keatasnya dan berdoakan .
0 komen:
Catat Ulasan