Alhamdulillah ... Aku selesai melakukan Ibadat Umrah....3x
Isnin, 4 Mei 2009
Pada 30/4 /09...
Aku berpeluang pergi ke tanah suci Makkah bersama Keluarga untuk menunaikan Umrah .Aku semacam tidak percaya pergi bersama .Perasaan pada masa itu bercampur campur ada rasa gembira kerana memang lama dah nak tengok Kaabah dan nak solat kat Masjidil Haram,ada rasa berdebar-debar kerana rasa macam x bersedia dan rasa kekok pakai kain Ihram cam pelik je...tak biasakan pakai cam tu...tapi aku wat biase je...(malam sebelum pegitu aku dah baca dan tengok cd-cd mengenai Umrah wat persiapan laa dulu nanti tak tahu pulak nak wat ape bila sampai sana)
Sampai saja di Miqat Jufah,aku mula pakai Ihram ,solat sunat dan pasang Niat(kira niat laa) lepas tu pantang larang pun bermula semasa berihram nie... salah satunya tidak boleh gugurkan rambut ,janggut ataupun sebarang bulu kalu tak kena Dam(denda) .Dalam Sejam dari miqat akhirnya aku sampai dia Makkah.
Pertama kali aku lihat MAsjidil Haram ..terdetik di dalam hati aku rasa sayu dan sebak juga ...pastu aku diiringi adik aku yang 12tahun untuk mengerjakan Umrah...sebab dia dah biasa buat Umrah coz dia tinggal kat cnie.Apabila masuk ke dalam Masjidil Haram ...aku berasa berdebar debar x tahu sebab ape dan akhirnya aku ternampak Kaabah...Ya ALLAH..pertama kali aku melihatnya dengan mata kasar aku tersentak dia hati aku ...memang sebak dan aku terdetik didalam hati Ya ALLAH akhirnya Kau beri Aku Melihat Kaabah Aku bersyukur yang teramat sangat Ya ALAH hanya tuhan saja yang tahu macam mana aku dapat rasakan ...memang aku menipu aku menangis di dalam hati.
Lepas tu aku melakukan TAwaf tujuh pusingan ditemani adik aku itu,dan sesudah itu aku solat sunat di depan Kaabah .Kemudian aku melihat bekas tapak kaki Nabi Ibrahim dan solat sunat di Hijil Ismail dan sesudah itu aku menyentuh kelambu Kaabah dengan kedua-dua tangan aku ...pada kelambu Kaabah itu ada wangian yang wangi...aku berasa bersyukur sangat dan bertuahan kerana dipilih oleh Tuhan .Sesudah itu adikku bawa aku ke Safa dan Marwah untuk berjalan 7 pusingan dan sesudah itu aku bercukur maka selesai sudah Umrah aku.
Alhamdulillah ,3 hari aku duduk di Makkah ...3 kali aku telah buat UMrah...
ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...
0 komen:
Catat Ulasan