.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Sepanjang perjalanan Hujan....

Sabtu, 16 Mei 2009


Syukur sepanjang perjalanan aku dan Keluarga ke Madinah hujan .perjalanan makan masa lebih kurang 1 jam 35 minit.Sementara itu dalam perjalan Kami sempat siggah ke bukit pasir.Di sini kawasan bukit pasir tinggi dan pasir disini halus sangat.Ia ter bentuk cuma di sesetengah tempat je...kawasan disini pun beranginku.Aku berjaya mendaki bukit ini sampai ke puncak bersama sama keluarga.seronok la dapat naik kat atas...kira macam mendaki gunung salji...betul tgk gambar nie.Kemudian kami melawat perkuburan Al -Syahid di peperangan Badar.Disinilah tempat terjadinya peperangan pertama di dalm sejarah Islam dan disini jugalah permulaan titik tolak Islam berkembang.Kalau ditakdirkan Islam kalah pada masa itu islam tidaklah akan berkembang.Jadi peperangan Badar ini adalah penting bagi Islam,bermula dari sinilah Islam berkembang sehungga kini. Al-Fatihah...

Kita orang teruskan perjalanan ke Madinah...lebih kurang sejam perjalanan kami sampailah di kawasan Al Madinahtul Munawwarah.Setibanya di sana Tempat yang kitaorang tuju ialah Masjid Qubah...iaitu Masjid yang pertama dibina dalam Islam.Aku semua singgah di sini dan bersolat sunnat dan melawat sekitar Masjid disini.

Selepas itu kami tiba di Masjid Nabawi.Aku berasa bagai mimpi ,kira macam x percaya sampai di masajid nabi nie.Yaallah bersyukurnya rasa dapat jejak kaki ke sini.Mula-mula sekali bila sampai aku terus solat sunnat...di masjid ni pahala dia kalau kita solat 1000kali ganda,kalau di Masjidil Haram 100000 dan satu lagi Masjid Al-Aqsa 500 ini adalah 3 masjid mulia dalam Islam.Sesudah solat aku xtak sabar sabar lagi nak pergie ke Raudah (tempat mustajab doa) dan ke melawat Makam Nabi Muhammad S.A.W.


Kalau kat Masjidil Haram kawasan Kaabah dan Hijil Ismail penuh sesah...tapi kat Masjidil Nabawi pula kawasan Raudah inilah penuh sesak dengan orang .sesampainya aku disitu terus aku behimpit-himpit untuk masuk dan mencari ruang untuk solat sunat.Alhamdulillah lepas limabelas minit mencari-cari tempat dapat jga aku solat sunnat di Raudah dah berdoakan di tempat yang mustajab doa ini.Dari awal lagi hati aku terrsa sebak untuk sampai ke Raudah ini dan apabila aku lihat sendiri tiba air mata aku terkeluar dengan sendiri dan sehingga aku menziarahi Makam Baginda Rasullah S.A.W.sebaik aku lalu di Makam Baginda Rasullah aku ucapkan Assalammualikum Ya Rasullah...kawan kawan aku yang lain jugamemberi salam kepada Mu Rasullah.Aku terus berselawat dan salam keatasnya dan berdoakan .

Read more...

Ini Pertama kali Aku lihat...

Isnin, 11 Mei 2009

Hari ini pertama kali aku lihat ribut pasir di sini(Yanbu).Keadaan ribut ini boleh kata macam
kabus tebal kat Malaysia kalau kat London macam ribut salji.Jalan tak nampak langsung ...sampaikan kereta depan pon x nampak ,begitu kuat ribut pasir tu...memang takut nak keluar rumah ataupun naik kereta habis berdebu(pasir halus) .

Hari nie juga pertama kali aku tengok hujan turun di tanah Arab,sebelum nie ingatkan tak pernah hujan.

dan

Hari nie pertama kali Aku makan Al-Baik kira dia macam KFC tapi nie yang Arab Saudi punya...rasa dia best dari KFC tapi yang penting ini 100% orang islam punya.Makan pon x was was dan kenyang .Harap-harap nanti ada laa Al-Baik sampai kat Malaysia...pastu kita boleh boycoot terus KFC hehehe....Tapi Al-Baik nie Memang Best

Read more...

Alhamdulillah ... Aku selesai melakukan Ibadat Umrah....3x

Isnin, 4 Mei 2009





Pada 30/4 /09...
Aku berpeluang pergi ke tanah suci Makkah bersama Keluarga untuk menunaikan Umrah .Aku semacam tidak percaya pergi bersama .Perasaan pada masa itu bercampur campur ada rasa gembira kerana memang lama dah nak tengok Kaabah dan nak solat kat Masjidil Haram,ada rasa berdebar-debar kerana rasa macam x bersedia dan rasa kekok pakai kain Ihram cam pelik je...tak biasakan pakai cam tu...tapi aku wat biase je...(malam sebelum pegitu aku dah baca dan tengok cd-cd mengenai Umrah wat persiapan laa dulu nanti tak tahu pulak nak wat ape bila sampai sana)

Sampai saja di Miqat Jufah,aku mula pakai Ihram ,solat sunat dan pasang Niat(kira niat laa) lepas tu pantang larang pun bermula semasa berihram nie... salah satunya tidak boleh gugurkan rambut ,janggut ataupun sebarang bulu kalu tak kena Dam(denda) .Dalam Sejam dari miqat akhirnya aku sampai dia Makkah.

Pertama kali aku lihat MAsjidil Haram ..terdetik di dalam hati aku rasa sayu dan sebak juga ...pastu aku diiringi adik aku yang 12tahun untuk mengerjakan Umrah...sebab dia dah biasa buat Umrah coz dia tinggal kat cnie.Apabila masuk ke dalam Masjidil Haram ...aku berasa berdebar debar x tahu sebab ape dan akhirnya aku ternampak Kaabah...Ya ALLAH..pertama kali aku melihatnya dengan mata kasar aku tersentak dia hati aku ...memang sebak dan aku terdetik didalam hati Ya ALLAH akhirnya Kau beri Aku Melihat Kaabah Aku bersyukur yang teramat sangat Ya ALAH hanya tuhan saja yang tahu macam mana aku dapat rasakan ...memang aku menipu aku menangis di dalam hati.

Lepas tu aku melakukan TAwaf tujuh pusingan ditemani adik aku itu,dan sesudah itu aku solat sunat di depan Kaabah .Kemudian aku melihat bekas tapak kaki Nabi Ibrahim dan solat sunat di Hijil Ismail dan sesudah itu aku menyentuh kelambu Kaabah dengan kedua-dua tangan aku ...pada kelambu Kaabah itu ada wangian yang wangi...aku berasa bersyukur sangat dan bertuahan kerana dipilih oleh Tuhan .Sesudah itu adikku bawa aku ke Safa dan Marwah untuk berjalan 7 pusingan dan sesudah itu aku bercukur maka selesai sudah Umrah aku.


Alhamdulillah ,3 hari aku duduk di Makkah ...3 kali aku telah buat UMrah...
ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

Read more...

Alhamdulillah ....selamat sampai ke Yanbu ,Saudi Arabic

salam,
aku tiba bertolak dari KL-Riyadh-Jeddah pada 28/04/09
pada pukul 4.45 ptg waktu Malaysia dan tiba di Jeddah Pada 28/04/09 jam 7.55mlm waktu Arab dan keesokkannya aku transit dr Jeddah pada pukul 6.20pg dan tiba pada 7.10 pagi di Yanbu ...
perjalanan yang amat panjang dan meletihkan.Alhamdulillah semuanyan selamat dan aku bersyukur kerana berjumpa dengan keluargaku disini dengan selamat .

Ok ...

Read more...

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP