.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Jemaah Solat Jumaat Dibaling batu, karpet dibakar

Khamis, 9 Jun 2011


ISUHANGAT.NET. Rusuhan agama berlaku di ibu kota Bulgaria, Sofia, pada Jumaat 20 May yang lalu. Kaum Muslim yang mahu bersolat Jumaat dipukul oleh sekumpulan penyokong parti kebangsaan, Ataka.
Para penyerang juga melempar jemaah dengan batu dan telur. Ramai jemaah yang mengalami cedera ringan. Kumpulan Ataka juga membakar karpet sejadah di depan Masjid Agung Banya Bashi, Sofia.
umat Islam ditindas
Seorang jemaah Jumaat mangsa lemparan batu perusuh parti Ataka

Kini kaum Muslim di Bulgaria masih merasa terancam akibat serbuan penyokong Ataka. Selain menyerbu orang Islam yang ingin solat, Ataka juga memaksa pengurus masjid untuk memainkan lagu-lagu kebangsaan di speaker masjid yang biasanya digunakan untuk azan.
Masa ini ada sejuta umat Islam di Bulgaria. Kerajaan Bulgaria, meski mengakui Islam namun lambat bertindak berkaitan rusuhan berbau agama ini. Kerajaan juga sebelum ini melarang gambar pasport bagi perempuan yang memakai tudung. Kerajaan juga melarang sejumlah risalah Islam beredar di negara bekas komunis itu.
umat Islam ditindas
Pasukan keselamatan mencuba membantu membendung serangan perusuh Parti Ataka ke atas jemaah Jumaat.
Komuniti Muslim Sofia, ibu kota Bulgaria, merasa trauma dengan serangan pasukan anti-Islam pada Jumaat bulan lepas.
Mereka tidak lagi mengerjakan solat Jumaat di luar masjid serta memperlahankan volume pembesar suara masjid Sofia. Pada Jumaat sebelum itu penyokong parti Ataka menyerang kaum Muslim yang tengah solat Jumaat di depan masjid Banya Bashi, di pusat kota Sofia. Penyerang memprotes penggunaan pembesar suara di masjid tersebut.
Kalangan nasionalis juga marah melihat umat Islam solat di tempat terbuka.Mereka menyatakan umat Islam menganggu ketenteraman awam. Karpet-karpet masjid yang biasa dipakai jemaah solat diluar itupun habis dibakar.
”Kami tidak lagi mengadakan solat Jumaat di luar masjid,” kata Husein Hafazov, Ketua Mufti Pejabat Setiausaha Jeneral, dikutip oleh harian Dnevnik.”Volume pembesar suara masjid telah berubah ke serendah mungkin dan pembesar suara sendiri telah diturunkan untuk mencegah suara tersebar terlalu jauh,” kata Hafazov.
Pemimpin Ataka, Volen Siderov, menyatakan penyerang bukanlah dari kumpulan mereka, tetapi orang yang diupah untuk berpura-pura menjadi aktivis Ataka. Siderov menyatakan, dia tidak pernah memerintahkan penyerangan dan kenyataannya tidak ada anggota Ataka.
umat Islam ditindas
Para aktivis parti Ataka juga mengumpulkan karpet yang dipakai jemaah solat Jumat lalu mereka bakar.
umat Islam ditindas
Muslim Bulgaria sekitar satu juta orang atau sekitar 12.2% dari jumlah populasi. Islam masuk ke Bulgaria ketika pendatang Muslim Turki memasuki negara itu pada pertengahan abad IX.Namun kemuncak kedatangan Muslim berlaku padaabad 13. Tahun 1362 Khilafah Islam Turki Othmani menguasai kota Edirne dan Plovdiv. Kota Sofia dikuasai tahun 1385. Menurut Mufti Besar Bulgaria, di Sofia pada masa pemerintahan Turki Othmani ada 2,356 masjid, 142 madrasah, dan 400 wakaf.
Setelah Perang Rusia-Turki, banyak bangunan dan peninggalan Islam dihancurkan atau disita untuk penggunaan kepentingan awam. Pada masa ini, dianggarkan masih ada 1,458 buah masjid di Bulgaria.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP