.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Barang pelik,unik dan mahal yang dijual di Ebay

Khamis, 16 Disember 2010


Apa itu ebay ?

Ebay adalah laman beli-belah online dunia, sebuah laman tempat bagi pembeli dan penjual berhimpun dan berdagang apa saja. Ebay dilancarkan pada tahun 1995. Ebay pada awalnya sebagai tempat untuk berniaga barang koleksi dan barang yang sukar ditemui. Selepas itu, ebay telah berkembang menjadi pasaraya online tempat kita boleh menemui segalanya, dari mousepad, dvd, pakaian, barang-barang koleksi hingga kereta dan rumah. Jika di Malaysia laman yang seakan ebay yang popular ialah Mudah dan Lelong.
Dengan pendaftaran barang sebanyak lebih dari 103.6 juta di seluruh dunia dan penambahan daftar barang sebanyak 6.1 juta yang dilakukan setiap hari, ebay menawarkan kesempatan yang tidak terhingga bagi semua orang untuk membeli dan menjual di seluruh dunia.
Ramai juga rakyat Malaysia yang menjadi usahawan ebay, hanya bekerja di rumah dan ke pejabat ps untuk menghantar barang. Ada banyak lagi cara untuk meniaga di ebay iaitu teknik dropship yang diperkenalkan oleh Sifu Lan.
Namun begitu selain barang keperluan sehari-hari,barangan antik dan sebagainya ebay juga menawarkan barang-barang yang aneh dan mahal.
Berikut ini adalah 7 (tujuh) benda atau barang-barang aneh, unik dan mahal yang pernah dijual di ebay :
1. Peluru Berpandu Nuklear

Photobucket
Ya, salah satu benda pelik yang dijual di ebay pelancar peluru nuklear. Pemilik pangkalan peluru berpandu antara-benua AS telah menempatkan itu untuk dijual di ebay.
Tanah seluas 57 ekar bekas kompleks Tentera Udara dan 43,000 ruangan kaki persegi “boleh digunakan” dan mempunyai sambungan ke terowong. 90 kaki struktur roket-holding dan mengandungi 2 peluru berpandu juga antara termasuk dalam kawasan tersebut.
Harga yang ditawarkan ialah $US 1.5 juta (£ 750,000)
2. Negara Belgium.
Photobucket
Negara Belgium merupakan salah satu negara yang pernah menjadi salah satu benda yang dijual di ebay. Namun begitu, akhirnya negara tersebut tidak jadi di jual setelah tawaran mencapai 10 juta euro ($ 14 juta). Pengurus Ebay Belgium, Merica Burin, mengatakan, ‘itu adalah salah satu sejarah yang dibuat oleh Belgium. Belgium adalah negara besar untuk dijual dan merupakan salah satu hal yang memalukan dan melucukan’
3.Berlian
Photobucket
Diamond beethoven terbuat dari karbon yang diperoleh dari beberapa helai rambut komposer terkenal , Beethoven. Ini adalah salah satu dari tiga berlian yang diciptakan, namun juga satu-satunya yang akan ditawarkan untuk umum dengan harga satu juta dolar
4. Villa mewah Colani:
Photobucket
Dikenali sebagai Villa Colani kerana diilhamkan oleh designer legenda bernama Luigi Colani. Sebuah kawasan mewah di Pulau Majorcam, Sepanyol yang siap dibina pada tahun 2009.
Lebih dari 1,230 kaki persegi diperbuat dari emas 24 karat. Emas tersebut digunakan di kolam renang dan rumah. Pintu Colani eksklusif, serta pintu dengan lima pintu masuk lainnya, semua dihiasi dengan kristal swarovski asli artistik dimasukkan ke dalam panel, sehingga nampak berkilau baik dari luar dan dalam rumah. Villa colani di dijual seharga $ 28.000.000
5. Isteri
Photobucket
Ini bukan barang tapi orang. Dalam usaha agar dirinya boleh keluar dari kesulitan kewangan, seseorang di Brazil memutuskan untuk menjual isterinya. Dia menulis iklan dan diposting di ebay, menawarkan isterinya untuk harga pembidaan bermula $ 55. Namun kerajaan Brazil akhirnya mengetahui iklan tersebut dan segera memerintahkan agar iklan tersebut dihapus dari website ebay.
6. Buku 340 tahun William Shakespeare
Photobucket
Buku berusia 340 tahun dari pengarang William Shakespeare, telah dijual di ebay pada tahun 2003 seharga £ 5 juta. Naskah ini adalah satu dari beberapa salinan yang selamat dalam kebakaran besar di London pada tahun 1666.
7. Kapal persiaran
Photobucket
Barang paling mahal yang di jual di ebay adalah kapal pesiaran yang dilelong oleh fort. Lauderdale (fl). Kapal pesiaran mewah ini ditawarkan untuk pelelongan ebay pada 3 november 2006 dengan harga awal sebesar $ 85 juta. Beberapa ciri-ciri luar biasa dari kapal pesiaran ini ialah: Berat 16.000 nm, garaj helikopter, dan empat belas suite vip multi-level dengan pemandangan panorama.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP