Sejadah ada salib di Mekah
Khamis, 21 Oktober 2010
Semasa musim haji ni, jemaah haji apabila pulang ke tanahair nanti biasanya membeli cenderamata dari Mekah dan Madinah. Air zamzam antaranya adalah satu kemestian kerana bukan senang nak dapat iar zamzam ni yang banyak kelebihannya. Selain dari itu buah kurma,zaitun,tin,kacang, tasbih,kopiah,sejadah, gamis,serban dan sebagainya.
Seperti yang kita ketahui kebanyakan barang-barang tersebut bukanlah produk Arab Saudi. Mereka juga mengimport dari negara lain. Begitu juga peniaga yang berniaga di sana datang banyak negara untuk memenuhi permintaan orang Islam dari seluruh pelusuk dunia. Oleh itu tak peliklah jika ada beberapa barangan yang terlepas pandang yang turut menyelit seperti sejadah yang mengandungi gambar salib yang berlaku hampir musim haji.
RIYADH 9 Okt 2010 – Mansur Al-Sarhi, seorang warga Arab Saudi menggesa pihak pengawal keselamatan untuk segera menghentikan pengedaran sejadah bergambar salib yang dijual di Makkah.
“Saya membeli sejadah dari salah satu pengedar sejadah di sebelah Masjidil Haram. Saya sangat terperanjat ketika melihat gambar salib sangat menonjol di bahagian tengah sejadah tersebut,” jelas Mansur kepada Sabq. “Bagaimana sejadah seperti ini boleh masuk ke Arab Saudi tanpa ada pemeriksaan dari penguasa? ” hairannya.
Mansur mengecam peredaran sejadah bergambar salib itu sebagai tindakan yang melampaui batas.
“Tindakan mereka sudah melewati batas, sampai berani meletakkan salib di tempat sujud kaum muslimin di Masjidil Haram,” ujarnya. [Ar / islammemo]
0 komen:
Catat Ulasan