.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Cuaca Panas Melanda Dunia Petanda Hampir Kiamat ?

Khamis, 8 Julai 2010

Sungai Furat sekarang..
Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan ?

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: “Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”.
Di dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Al-Suyuti menyebutkan hadits ini sebagai ‘berhentinya air.’ Sebenarnya Bendungan Keban telah menghentikan aliran air sungai ini. Tanah sekitarnya telah menjadi sama nilainya dengan emas karena berbagai alasan, seperti dihasilkannya aliran listrik dan begitu suburnya tanah pertanian melalui fasilitas irigasi dan transportasi sejak bendungan itu dibuat. Bendungan ini menyerupai gunung betun, dan kekayaannya senilai emas yang keluar dari sungai itu. Oleh karena itu, dam ini menyerupai sifat-sifat ‘gunung emas’ (Allah-lah Yang Maha Tahu).
……………………………………………….
Cuaca panas yang menyerang negara diramalkan berlarutan hingga September depan.
Menurut Pegawai Bahagian Ramal­an Cuaca Jabatan Meteo­rologi, Ahmad Zaki Mohamad Saat, bermula Mei ini negara akan mengalami monsun barat daya sehingga September.
Menurutnya, sepanjang Mei sehingga September setiap tahun negara mengalami musim kering dan panas kerana kekurangan hujan.
“Bermula Mei kita akan mengalami cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga September. Namun hujan tetap turun, tetapi berkurangan menyebabkan kita akan menghadapi cuaca panas,” katanya.
http://beritasemasa.com/perubahan-cuaca-dunia-punca#more-9392
………………………………………………
NASA merujuk bulan lalu sebagai tempoh paling panas sejak enam tahun lalu dengan catatan suhu kira-kira 40 darjah Celsius. Suhu permukaan tanah turut meningkat dengan sebahagian Kanada dan Mexico juga lebih panas berbanding tempoh 2000-2005. Di Amerika, korban cuaca panas itu mencecah lebih 200 orang termasuk 164 orang di
California dengan selebihnya dilaporkan di New York dan Chicago.

Keadaan itu menyebabkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus.Di Eropah sekurang-kurangnya 29 orang maut di Paris akibat panas melampau. Namun fenomena sepanjang Julai yang reda awal bulan ini masih terkawal dan tidak seburuk kejadian pada 2003 apabila sekurang-kurangnya 15,000 maut di Perancis dan 20,000 lain di Itali akibat cuaca panas yang keterlaluan.Ramai kalangan saintis mengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP