.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Makanan haram yang ‘halal’

Rabu, 7 April 2010

Seorang dari sahabat saya sangat percaya kepada logo halal. Janji ada logo halal tu sah atau tidak dia anggap halal. Yang saya pelik potato chips yang tiada logo halal pun dia belasah juga. Apa lagi kalau logo halal yang bukan logo halal yang sah. Yang peliknya apabila saya tanya dia sendiri confuse yang mana satu logo halal yang sebenar.

Inilah logo halal JAKIM yang sebenar

Lain-lain dari logo halal ni tidak diiktiraf oleh JAIS dan JAKIM. Saya timbulkan isu ini apabila isteri saya menunjukkan logo halal produk makanan segera kentang goreng yang tidak sama dengan logo halal JAKIM.

Ceh nama sahaja islamik tapi entah-entah dimiliki oleh orang bukan Islam. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab meluluskan makanan lebih sensitif mengenai nama/brand sesuatu produk makanan tersebut. Dulu saya pernah ceritakan berkenaan PAU AHMAD yang dimiliki oleh orang bukan Islam.

JAKIM juga disarankan membuat sticker logo halal yang berkualiti tinggi yang tidak boleh dicopy dengan senang supaya orang Islam di Malaysia ni tidak mudah kena tipu pada produk makanan. Ini belum dikira dengan restoran mamak, kopitiam,hotel dan restoran makanan segera. Betapa terdedahnya kita memakan makanan haram yang “halal”.

Kantin sekolah rendah sekarang ini pun lebih suka menjual makanan seperti nugget,hotdog dan sebagainya. Mungkin makanan ini yang disukai kanak-kanak. Oklah tapi sumbernya di beli dari mana dan adakah dijamin halal?

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP