Bahtera Nabi Nuh ditemui di Turki..
Rabu, 7 April 2010
Bukti gambar-gambar yang dirakamkan oleh ahli sejarah yang mendakwa Bahtera Nabi Nuh ditemui di Turki. Malah melalui kajian, kayu yang digunakan untuk bahtera tersebut diperbuat daripada kayu zaman Nabi Nuh.
Bahtera tersebut dijumpai secara tidak sengaja pada waktu meneliti foto-foto wilayah pegunungan Ararat. Kemudian untuk mengesahkan penemuan tersebut, beberapa ahli arkeologi dari Amerika Syarikat telah diundang untuk meneliti kebenarannya.
Pada ekspedisi yang dilakukan pada ketinggian 7000 kaki, sekitar 20 batu sebelah selatan puncak gunung Ararat, mereka menemukan sebuah kapal sepanjang kira-kira 500 kaki yang telah menjadi batu. Pengukuran yang kemudian dilakukan pada objek tersebut menghasilkan suatu kesimpulan yang menakjubkan, kerana ukuran panjang, lebar dan tinggi penemuan arkelogi tersebut sama seperti dengan ukuran bahtera Nuh seperti yang tertera di Al Quran. Ketika ini, lokasi penemuan bahtera tersebut telah menjadi daya tarikan yang dapat dikunjungi ramai pelawat.
[size=12pt]Kayu yang dikatakan berasal daripada zaman Nabi Nuh[/size]
0 komen:
Catat Ulasan