.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Movie Adnan Semp-It

Khamis, 4 Mac 2010




Senario filem Malaysia sering dihiasi aksi dan penggunaan motosikal. Salah sebuah syarikat pengeluar motosikal yang giat menyokong industri ini adalah Modenas. Terkini, motosikal Modenas akan dapat and saksikan dalam satu lagi filem terbaru yang akan ditayangkan 14 Januari 2010 iaitu ADNAN SEMPIT.

Filem Adnan Sempit yang menelan kos sebanyak RM1.65 juta termasuk kos promosi membariskan pelakon-pelakon muda yang diakui bakat mereka seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Norliana Samsudin, Along (Raja Lawak), Cat Parish, Julia Hana, Angah (Raja Lawak), Zack X-Factor dan ramai lagi. Walaupun isu rempit sedang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar, kaca televisyen, dan corong-corong radio, Metrowealth (MIG) mengambil langkah menjawab segala persoalan ini melalui filem Adnan Sempit.

Filem ini bukanlah sebuah kisah mat rempit tetapi kisah cinta seorang dispatch dengan majikannya yang berlatarbelakangkan isu mat rempit. Mengisahkan Adnan, seorang mat despatch yang berusia lingkungan 27 tahun atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya. Bekerja di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia. Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Nadia disindir kawan kawan kerana enggan pergi ke satu majlis reunion, kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan terus menarik Adnan yang kebetulan lalu di hadapan mereka dan memperkenalkan Adnan sebagai teman lelakinya. Sejak peristiwa itu, pelbagai peristiwa yang berlaku antara mereka sehinggalah Nadia mula menyimpan perasaaan

Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun. Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Apakah kesudahannya? Semuanya akan terjawab dalam "ADNAN SEMPIT", di pawagam 14 Januari 2010 Menjadi tirai pembuka filem tayangan tahun 2010, Adnan Sempit diharap mampu menarik perhatian peminat filem Malaysia dengan mengetengahkan dua genre yang paling digemari iaitu Aksi dan Komedi menjadi satu.

ADNAN SEMPIT merupakan filem yang ke-33 terbitan Metrowealth (MIG). Filem ini diarahkan oleh pengarah prolifik Ahmad Idham yang banyak menghasilkan filem pelbagai genre terbitan Metrowealth (MIG) sendiri. Filem-filem terbitan Metrowealth (MIG) yang akan menemui penonton antaranya V3 Samseng Jala nan (arahan Farid Kamil) pada 11 Mac 2010, Semerah Cinta Stilleto (Ahmad Idham), Zoo (Azhari Zain), dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (Ahmad Idham). Filem yang sedang dan baru selesai pengambaran antaranya Mantra (Azhari Zain), Senario Asam Garam (Hatta Azad Khan), dan Aku Masih Dara (Ahmad Idham). Manakala filem yang bakal menjalani pengambaran Januari ini seperti Cuti-Cuti Cinta (Ahmad Idham) dan sebuah lagi filem yang akan memperkenalkan seorang lagi pengarah baru dalam skim 10 pengarah muda yang bakal diperkenalkan oleh MIG.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP