.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Buat Praktikal di ITT BTS KL

Khamis, 5 November 2009









Salam,
sekarang nie saya bersama (Saya dari Permadangan dari atas ITT BTS) rakan-rakan Kolej sedang buat pratikal di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan KL (ITT BTS KL).Apabila projek ini siap pada perengahan tahun depan 2010 dia akn menggantikan stesen bas Puduraya yang kini semakin sesak.

Ini adalah projek kerajaan Malaysia.Ia mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan dan bernilai RM 570 juta.Sekarang nie ,saya membuat latihan sebagi Penyelia Keselamatan Pekerja disini.

Rutin harian saya ,di sini adalah sentiasa memantau semua pekerja di projek ini sentiasa bekerja dalam keadaan yang selamat dan sesuai.Keseluruhan pekerja di sini dianggarkan lebih 300 orang.Setiap pagi ,saya dan rakan-rakan akan memberikan taklimat keselamatan (toolbox)kepada setiap pekerja bagi memastikan pekerja sentiasan cakna terhadap keselamatan diri sendiri dan orang sekeliling.Kami juga akan mendengar keluahan ataupun permasalahan setiap pekerjan yang dihadapinya semalam ataupon yang akan datang.

Saya setiap hari akan pergi ke tapak projek(side projek) untuk memantau dan menyelia ape yang dilakukan oleh semua pekerja adalah mengikut prosedur dan garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan.Ini dapat mengurangkan dan mengoptimumkan prestasi majikan.Selain itu,jika ada cara kerja yang tidak selamat saya akan menegur pekerja itu ataupon memberi amaran keras kepada mereka.Ini adalah untuk keselamatan dia dan bersama.

Oleh itu,perlu diingat setiap kali ingin melakukan apa apa kerja keselamatan adalah yang diutamakan dan apabila ia dijadikan kayu pengukur segala kerja yang dilakukan dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna.

"Ingat cuai Sesaat ,Derita sepanjang hayat"

"UTAMAKAN KESELAMATAN"
(Ini permandangan apabila ITT BTS KL siap 2010)

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP