Hentikan Polisi Perlindungan Kereta Tempatan Dengan Mengekalkan Minyak RON 92
Khamis, 10 September 2009
Langkah kerajaan untuk memperkenalkan Minyak RON 95 untuk mengantikan RON 97 yang kian tinggi harganya bagaikan kerajaan prihatin terhadap kesusahan yang dialami rakyat Malayisa menjelang krisis ekonomi, namum apa yang sebenarnya berlaku? Timbalan Menteri KDNnHEP, Datuk Ismail Sabri Yaakob pernah berkata, tahap minimum enjin kereta (kualiti minyak) untuk kebanyankan kereta adalah minyak RON 91, ini bermakna, penggunaan minyak RON 97 yang melebihi tahap minimum enjin telah membazirkan.
Kerajaan tidak pernah mengemukakan fakta kepada rakyat supaya rakyat dapat bertukar dari minyak RON 97 kepada minyak RON 92 sebagai bahan bakar kereta mereka. Kegagalan menyedarkan rakyat mengenai fakta ini telah menyebabkan Kerajaan terpaksa membazirkan duit rakyat untuk memberikan subsidi kepada minyak RON 97. Malah rakyat juga membazirkan duit mereka untuk menggunakan minyak RON 97 dimana garganya lebih tinggi berbanding RON 92.
Ketika ramai sedang membincangkan sama ada RON 95 boleh digunakan, saya (penulis) telah memeriksa buku katalog kereta saya untuk lalu mendapati keperluan minimum untuk enjin kereta Perodua adalah minyak RON 97, selain itu, OKTANA97+ juga dilabelkan di tangki minyak kereta Perodua membuktikan enjin kereta Perodua adalah direkabentuk berdasarkan kepada minyak RON97.
Orang ramai berpendapat, semakin tingginya CC sebuah kereta bererti keretanya harus menggunakan minyak RON yang lebih tinggi, tetapi selepas menjalankan pemeriksaan keatas buku katalog kereta yang diimport mendapati, kebanyakan enjin kereta import adalah direkabentuk berdasarkan minyak RON 92 dan kebawah. Sebenarnya terdapat banyak faktor yang diambil kira ketika merekabentuk sebuah enjin kereta, minyak RON merupakan salah satu faktor daripadanya. Namum kebanyakan enjin kereta adalah direkabentuk berdasarkan minyak RON yang rendah kerana bukan semua negara mempunyai minyak RON yang begitu tinggi.
Maka dengan cara itu, barulah kereta mereka dapat dijual ke kebanyakan negara dalam dunia ini.
Mungkin Perodua dikategorikan sebagai kereta yang berprestasi tinggi. Kenapa sebelum ini kerajaan hanya menjual minyak RON 92 dan RON 97? Adakah faktor jurutera Perodua tidak dapat menghasilkan enjin kereta yang menggunakan minyak RON yang rendah mendorong kepada polisi kerajaan ini? Adakah mereka sengaja tidak mahu memberitahu rakyat bahawa kereta import mampu menggunakan minyak RON 92? Maka saya percaya mungkin wujudnya unsul penipuan disini dengan hanya memperkenalkan minyak RON 92 dan 97 supaya rakyat salah faham bahawa minyak RON 92 adalah untuk kereta yang lama manakala kereta baru harus menggunakan RON 97. Polisi perlindungan sebeginilah yang menyebabkan rakyat terpaksa bayar wang berjuta-juta mahupun berbilion-bilion untuk membeli minyak RON 97 yang harganya lebih tinggi berbanding minyak RON 92.
Untuk mengelakkan rakyat semakin marah dengan kenaikan harga minyak RON 97, maka kerajaan telah memperkenalkan minyak RON 95 untuk mengantikan minyak RON 97. Malah kerajaan juga mempromosikan minyak RON 95 sesuai untuk semua jenis kenderaan supaya pemunya kereta akan membeli minyak RON 95 yang lebih mahal berbanding minyak RON 92.
Selain itu, kerajaan juga mahu menjaga penjualan kereta tempatan dengan menghentikan penjualan minyak RON 92 kerana sekiranya pemunya kereta tahu dengan fakta ini maka mereka akan membeli kereta import dimana harga minyaknya adalah jauh lebih rendah berbanding dengan harga minyak kederaan tempatan yang mengunakan minyak RON 97.
Rakyat kini berjimat cermat untuk menghadapi krisis ekonomi yang melanda negara kita, namum polisi ini telah menybabkan kita terpaksa membelanjakan wang yang lebih untuk minyak yang lebih mahal. Rakyat rugi dan hanya syarikat kereta tempatan yang untung. saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi, cuma harap para jurutera kereta tempatan dapat menghasilkan kereta yang boleh menggunakan minyak RON yang lebih rendah.
Lebih Banyak Terjemahan Dari Akhbar Cina
0 komen:
Catat Ulasan