Kisah Benar.....
> Aku Seorang CEO
>
> Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
> Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa
> ku ialah
> guru.
> Alhamdulillah..aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam
usia
> 18
> tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar
> negara iaitu
> di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan
> Kejuruteraan...dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur
dalam
> bahasa Jepun.
>
> Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat
> segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku
> mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk
> mengambil sedikit pengalaman.
> Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah
firma
> terkemuka Jepun.
> Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini.
>3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan
> dan
> dinaikkan
> pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi
> Pengurus
> termuda didalam Firma tersebut.
>
> Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku
> untuk pulang ke Malaysia.
> Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah
> Firma
> baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan
firma
> mereka
> disini. Alahamdulillah...aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.
> Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di
> pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan
> rumahtangga.
> Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari
> Allah
> SWT.
>
> Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku
> kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan
> kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali
> lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah
> selama ini ahkirnya berbaloi....aku dilantik sebagai CEO tempatan
> pertama di firma ini
> dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta
> mewah... Syukur Alhamdulillah.
>
> Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu
> !!!!!!
>
> Kebahagian keluarga.....
>
> Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang
> ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang.
> Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut
> warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam
> sudah tidak bersama lagi.
> Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana...
> Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak
> meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting
l agi
> !!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!!
> Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif
> aku...sebelah
> petang kena buat report pada Board of Directors.
> Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik....kekadang buat ...kekadang
> terlupa...masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client
aku
> dari Jepun.
> Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku
> tertekan
> !!!
> Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat....aku
menangis...aku
> memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga
> keluarga
> ku bersatu kembali.
>
> Selang seminggu aku bernekad...!!!!
> Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.
> Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan
> kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat.
>
> Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis....tetapi bukan menangis
> marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana
> gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!
>
> Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri.
> Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!!
> Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas
> CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!
>
> Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
> bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku
> memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan
> dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.
>
> Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga
> dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari.
> Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah.
> Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.
>
> Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk
> satu gerai.
>
> Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi
> gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga
> sekarang aku
> memiliki
> 6 gerai makanan.
>
> Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah
> dalam RM60,000.00 SEBULAN.
>
> Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari
> berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K.
>
> Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami
> bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang
> 'hilang'. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka.
> Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan
> perniagaan tersebut. Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi
> 'chairman'....dan anak-anak aku
> sebagai Directornya.
>
> Dan sekarang baru kusedar yang Nabi Muhammad SAW pernah
> bersabda....9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga.
>
> Alhamdulillah.
Anda fikir dan nilailah sendiri anda perlu ambil yang mana...pilihan di tangan anda...:-)
sekian
Gerai Naim Best...2
Read more...