.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Red Riding Hood [2011] TS [MKV & RMVB]

Sabtu, 26 Mac 2011

Set in a medieval village that is haunted by a werewolf, a young girl falls for an orphaned woodcutter, much to her family's displeasure."


Sebuah citer terbaru... Genre: Fantasy | Horror | Mystery ... Tiada Subtitle ... Dikongsikan oleh kuryu (RMVB), wancuiX (MKV) .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play (kecuali single link) .. ~SELAMAT MENONTON~


IMDb
Trailer
Red Riding Hood [Mediafire] Part 1 kuryu
Red Riding Hood [Mediafire] Part 2 kuryu
Red Riding Hood [Duckload] kuryu
Red Riding Hood [Filesonic] kuryu
Red Riding Hood [Fileserve] kuryu
Red Riding Hood [Mediafire] Part 1 wancuiX
Red Riding Hood [Mediafire] Part 2 wancuiX
Red Riding Hood [Fileserve] wancuiX
Red Riding Hood [Duckload] wancuiX
Red Riding Hood [Filesonic] wancuiX
How To Use Hj Split: Click Here

Read more...

Sky Fighters (2011) DVDrip-MKV C-Movie (Eng Hard-Subbed)

“The film tells a story of two outstanding military men competing for the position of division commander. They go through misunderstandings and life-threatening moments before finally coming to a common understanding. Eventually they pull together and complete the air force exercise perfectly" ...

Sebuah citer terbaru dari China ... Genre: Action / Adventure ... Dikongsikan oleh Jie Azz .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play (kecuali single link) .. ~SELAMAT MENONTON~


Trailer
Sky Fighters [Mediafire] Part 1
Sky Fighters [Mediafire] Part 2
Sky Fighters [Hotfile] Part 1
Sky Fighters [Hotfile] Part 2
Sky Fighters [Filesonic]
Sky Fighters [Fileserve]
Sky Fighters [Duckload]
How To Use Hj Split: Click Here
~ Tq To Jie Azz ~

Read more...

Status Halal Kluang Rail Cofee


KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALAL!!!!
Menjadi isu hangat di Kluang, Johor bahawa kopitiam Kluang Rail Coffee yang memang terkenal di Johor tu mengandungi campuran babi. Kluang Rail Coffee di Kluang lebih dikenali dengan kedai kopi Kluang Station.

Gambar dari sloppychic.com/
Ini SMS yang saya terima dari rakan dari Kluang.
Pgumuman penting! (Bukan main2). Kputusan analisis sample mkanan yang telah diambil di Kluang Rail Coffee bersama Jabatan Agama telah ditrima.
Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang yg dijual) mgandungi cmpuran babi yang telah dikesan positif. Dan juga trdapat kndungan alkohol dlm madu yg dgunakan dlm ramuan roti bkar. Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Klg (Kluang)


Ini pula yang menjadi isu hangat di Facebook
Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (SAYA SALMIAH SENDIRI TEL TUAN KHADI KLUANG UTK MENDPTKAN KEPASTIAN) disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan…

Malangnya nota facebook Cikgu Salmiah Ramli telah tidak available lagi.
Untuk pengesahan kebenaran khabar SMS dan facebook tersebut, admin cuba mencari info tersebut di website Muslim Consumer yang biasanya update dengan isu-isu terkini namun tidak menceritakan pasal ini.
Saya search ‘Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang’ pun tiada maklumat yang diperlukan. Admin isuhangat tidak mahu menyebarkan khabar-khabar angin tanpa dokumen pengesahan yang sah dari pihak yang bertanggungjawab.
Kluang Rail Cofee ini dikatakan memang dimiliki oleh seorang yang berbangsa Cina namun ada salah seorang dari adik beradik keluarga ini yang telah memeluk Islam. Kluang Rail Cofee juga mempunyai cawangan di Plaza Kotaraya JB dan rata-rata pelanggan setia kedai kopitiam ini adalah berbangsa Melayu.
Admin juga selalu ‘mengeteh’ di kedai kopi tersebut apabila berkunjung di Kluang dan memang terasa kelainan nikmat kopi kedai ini.
Tapi jika khabar ini adalah benar memang wajib pihak berwajib menyebarkan kepada orang Islam yang lain supaya tidak terminum dan makanan yang haram.
Kluang Rail Cofee memang tidak tersenarai dalam direktori halal website Halal Jakim
http://www.halaljakim.gov.my
Juga tidak termasuk dalam senarai syarikat yang telah mendapat sijil pengesahan halal negeri Johor kategori kilang Makanan pada 2010.(Kluang Rail Cofee juga ada menjual kopi bungkus)
http://www.johordt.gov.my/jaj/images/stories/halal2010/kilang_makanan_2011.pdf
Sebagai pengguna Islam kita memang sepatutnya tidak makan minum di kedai milik orang bukan Islam yang tidak pasti kehalalannya. Ramai lagi orang Islam yang meniaga makanan.

Read more...

Alasan Mahasiswa Yang Kantoi Exam



Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!
Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.
Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.
Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.
Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

Read more...

Sudah-sudahlah Gaddafi


Poster-poster demonstrasi yang menarik dalam revolusi di Libya. Seruan kepada pemimpin-pemimpin jika anda telah dibenci oleh rakyat, turun sahaja lah, jangan mengorbankan nyawa rakyat yang tak berdosa, membuat rakyat derita kerana ego seorang pemimpin.
Hidup di dunia hanya sementara, tiada yang kekal kecuali Akhirat yang kekal abadi.

Read more...

7 Pintu Neraka


7 Pintu (masuk) Neraka

“Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu dihuni (sekumpulan orang yang berdosa yang ditentukan)” (Al Hijr :44)
Diriwayatkan bahawa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan gambaran neraka. Jibril menjawab: “Wahai Nabi Allah,
Sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setdiap pintu lebih panas dari pintu yang lain,
Nama-nama pintu tersebut adalah:
1. Hawiyah (jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrikin yang menyekutukan Allah.

3. Pintu ketiga untuk kaum sabdian (penyembah api).
4. Lazza, pintu ini untuk syaitan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
6. Sa’ir (api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.
Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terddiam. Nabi SAW meminta dia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab: “Pintu ini untuk umatmu yang angkuh”; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.
Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pengsan. Setelah sedar baginda berkata: “Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan aku risau dua kali ganda. Adakah umatku masuk Neraka?”
Kemuddian Nabi saw mulai menangis. Setelah kejaddian itu, beliau tidak berbicara dengan sdiapapun selama beberapa hari, dan ketika solat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. kerana tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemuddian mereka bertanya: “Mengapa beliau begitu berduka?” Namun Baginda tidak menjawab.
Oleh itu, Imam Ali as sedang pergi melaksanakan satu misi, maka para sahabat pergi mengahadap sang wanita cahaya penghulu wanita syurga, Saidatina Fatimah AS. Para sahabat pun menceritakan keadaan ayahnya (Rasulullah SAW). Setelah mendengar semua itu, Fatimah AS bangkit lalu mengenakan jubahnya (cadur) yang memiliki dua belas tampalan yang dijahit dengan daun pokok korma. Salman al-Farisi yang hadir bersama orang-orang ini terusik hatinya setelah melihat jubah
Saidatina Fatimah AS, lalu berkata: ” Aduhai! Sementara puteri-puteri Kaisar dan Kisra (pemimpin Parsi kuno) duduk di atas singgasana emas, puteri Nabi ini tidak mempunyai pakaian yang layak untuk dipakai”.
Ketika Saidatina Fatimah AS sampai di hadapan Rasulullah SAW, dia melihat keadaan Rasulullah SAW yang menyedihkan dan juga keadaan para sahabatnya, kemuddian dia berkata: “Wahai Ayahanda, Salman terkejut setelah melihat jubahku yang sudah koyak, aku bersumpah, demi tuhan yang telah memilihmu menjadi
Nabi, sejak lima tahun lalu kami hanya memiliki satu helai pakadian di rumah kami, pada waktu siang kami memberi makan unta-unta dan pada waktu malam kami beristirahat, anak-anak kami tidur beralaskan kulit dengan daun-daun kering pohon kurma. Nabi berpaling ke arah Salman dan berkata “Apakah engkau
memperhatikan dan mengambil pelajaran?”
Fatimah Az-Zahra melihat wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung -kerana tangisan yang tidak berhenti . Sebagaimana yang di ceritakan oleh Kasyfi, bahawa bumi tempat beliau duduk telah menjadi basah dengan air mata. Saidatina Fatimah AS berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu,
“Mengapa Ayahanda menangis?” Nabi SAW menjawab, “Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis?, kerana sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku
sebuah ayat yang menggambarkan gambaran neraka. Neraka mempunyai tujuh pintu, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab”.
Ketika Fatimah AS mendengar semua ini, beliau berseru, “Sesungguhnya orang yang dimasukkan kedalam api ini pasti menemui ajal”. Setelah mengatakan ini beliau pengsan. Setelah tersedar, beliau berkata, “Wahai yang terbaik dari segala mahluk, siapakah yang patut mendapat azab yang seperti itu?” Nabi SAW menjawab,
“Umatku yang mengikuti hawa nafsunya dan tidak memelihara solat, dan azab ini tidak seberapa bila dibandingkan dengan azab-azab yang lainya.
Setelah mendengar ucapan ini semua sahabat Nabi SAW menangis , “Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit”. Sementara sebagian lagi menangis dan meratap, “Aduhai seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini”, Ammar bin Yasir berkata,
“Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab”. Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab-sebab duka cita itu, Salman menjawab, “Celakalah engkau dan aku, sesungguhnya kita akan mendapat pakadian dari api, sebagai pengganti dari pakaian ini
dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).
Maha adil Allah, begitulah Maha Pemurah memberikan kebebasan pada manusia untuk memilih.. antara iman & kufur, dengan tanpa ada paksaan “laa ikrooha fiddin..”.
Akhirnya pilihan yang kita ambil, mendapatkan balasan yangg adil dari Yang Maha Adil. Jalan menuju syurga berliku sukar di daki akibat nafsu keduniaan tetapi semasa sampai tujuan, maka akan mendapatkan keindahan yang “tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak dapat dibayangkan oleh hati. Sedangkan jalan menuju neraka, indah mempesona..akhirnya sampai pada gambaran yang mengerikan..
Wallahualam

Read more...

Semangat Jepun Yang Patut Kita Contohi

Sabtu, 19 Mac 2011


Semangat bangsa Jepun memang patut kita contohi. Kalah perang dunia kedua tidak jadi penghalang untuk maju. Beberapa kali ditimpa bencana dahsyat juga tidak menghancurkan mental masyarakatnya.
Buktinya, Jepun hanya memerlukan masa tiga hari untuk membaik pulih jalan retak akibat gempa tu hari.
Photobucket

Photobucket
Bagaimana mereka boleh melakukannya?
- Mereka ada duit
- Mereka ada infrastruktur yang cukup
- Mereka mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
- Mereka lebih suka bersatu untuk menghadapi masalah daripada terus mencari kesalahan orang lain
- Mereka tidak suka bertangguh
- Mereka tidak mengharapkan orang lain
- Mereka tidak korup

Read more...

fakta 2 Menarik ....Lipas

Jumaat, 18 Mac 2011

Ramai yang tak suka akan lipas ni sebab geli jijik dan sebagainya. Tapi tak salah kalau kita tau beberapa fakta yang menarik tentang lipas ni.

  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
  21. Lipas juga ada dalam peribahasa kita Lipas Kudung ....maksud nya lari laju x tentu hala ....hahhaa

Read more...

fakta 2 Menarik ....Kucing



Ini adalah kucing

  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut)
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari
  21. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya.
  22. Kucing diantara binatang yang paling lama tidur, iaitu sekitar 16 jam.
  23. Kucing dapat melihat didalam gelap
  24. Kucing yang berumur 6 bulan, setara dengan 10 tahun usia manusia.
  25. Kucing bukan dalam kategori haiwan pengotor kerana kucing sering membersihkan diri dengan air liurnya difahamkan air liur kucing mempunyai agen pembersih
  26. Air kencing kucing difahamkan boleh bercahaya didalam gelap
  27. Kucing rumah (kucing peliharaan) adalah haiwan pemburu terhebat didunia,ianya mampu memburu dan membunuh beribu spesis hidupan mengalahkan tahap pemburuan spesis kucing besar seperti singa,harimau dan spesis kucing besar lain,ini kerana spesis kucing besar hanya mampu memburu dan membunuh tidak kurang dari 100 spesis hidupan sahaja,oleh kerana kucing rumah saiz badanya kecil maka ianya tidak berbahaya kepada manusia dan ianya adalah diantara sahabat baik manusia yang paling penyayang
  28. Kucing adalah binatang kesayangan Rasullulah s.a.w



Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom

Read more...

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP