10 Benda Tak Boleh Beli Dengan Duit
Sabtu, 23 Mac 2013
Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
AKSESORI UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL KETIKA HUJAN
Setiap kali hujan kita boleh melihat penunggang motor berhenti di bawah jambatan untuk berteduh. Yang macho dan ada full face akan memakai baju hujan bagi mengelakkan diri menjadi basah. Kini muncul ciptaan baru yang diberi nama RainRunner. Ianya dicipta oleh syarikat Roof For Two yang berpengkalan di India.

10 cara memanjangkan hayat bateri telepon pintar anda
Sabtu, 16 Mac 2013
Fakta dan Sejarah tentang Emas
Rabu, 21 November 2012
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia
digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.
sumber Read more...
Udang Kara Masak Lemak
Selasa, 13 November 2012
-
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- Sedikit kunyit dan lengkuas
- 1 biji limau
- 2 hiris tomato
Bahan-bahan:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili kering (yang telah direbus), kunyit dan lengkuas
- Masukkan ke dalam santan dan didihkan
- Masukkan limau, tomato dan masukkan isi udang (yang telah direbus)
- Sedia untuk dihidang
- cuit sedikit sedikit
Cara penyediaan:
KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’
Sabtu, 2 Jun 2012

Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – sumber
Tablet PC Samsung Galaxy One
Khamis, 31 Mei 2012
Tablet Windows8 ialah antara produk yang dinantikan kerana ia bakal menjadi peranti sinergi sebuah tablet dan sitem operasi Windows.
Permasalahan utama tablet yang ada sekarang ialah ianya masih belum
boleh meggantikan desktop sebagai peranti perkerjaan harian. Samsung Galaxy One ialah konsep rekaan Laura Hong dan Charles de Belizal.
Ia bukan sahaja sebuah tablet PC malahan ianya juga sebuah projektor.
Anda boleh menggunakan mana-mana permukaan rata sebagai monitor dan
Galaxy One akan berubah menjadi papan kekunci. Ia juga dilengkapi stylus
seperti Galaxy Note dan ini membolehkan anda menggunakan perisian Photoshop macam diatas sebuha Wacom Cintiq. Nice concept tetapi bateri mesti drain tahap gaban. On another side note branding GALAXY adalah khas hanya untuk peranti Android jadi penamaan Galaxy One disini adalah misnomer.
Laporan asal Yanko Read more...
Jika Poster Kempen Obama Direka di Malaysia
Harus diakui poster pilhanraya parti politik Malaysia semuanya macam haram. Seakan tidak berovolusi semenjak 1957. Poster pilihanraya Obama pula sangat moden dan dikatakan antara penyebab golongan muda can relate to him in the successful 2008 election. Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa poster pilihanraya Barrack Obama sekiranya poster beliau direka oleh "designer" Malaysia?
Read more...
Apartment Dengan Bilik Terapung
Staying on the topic
of rumah dan penggunaan ruang, apartment dibawah ialah satu lagi contoh
penggunaan ruang yang bijak. Bilik tidur didalam apartment di Montrouge Perancis ini dibina untuk terapung diatas ruang tamu. Apartment ini kecil dengan saiz hanya 538 kaki persegi dan solusi yang diambil oleh firma ECDM
untuk menghasilkan ruang besar sangatlah kreatif fan cool. Rumah aku
nanti tidak lah sekecil ini tapi konsep bilik terapung sangat appealing.
Now to find a way to incorporate this idea in my house.
In b4 "kalau seks ganas tak tanggal ke bilik dari siling?"
Laporan asal sini Read more...
Kelebihan Android
Selasa, 8 Mei 2012

Setiap Smartphone masa kini mempunyai kelebihan masing – masing. Dari Blackberry yang multifunction sehingga android. Admin akan bercerita mengenai android yang menurut beberapa sumber sudah menguasai lebih dari 33% dari seluruh pasaran handphone baru. Jika beberapa tahun lalau masih didominasi oleh symbian, sekarang nokia sudah mularisau melihat perkembangan android yang begitu cepat.
1.Percuma
Produk dari google ini, Android boleh digunakan dengan percuma. Anda boleh customize sendiri aplikasi yang akan digunakan. Bagi pengeluar smartphone, Android merupakan pilihan menarik kerana harganya yang “free” sehingga boleh mengurangkan kos pengeluaran dari handphone yang mereka keluarkan.
Oleh kerana banyak syarikat pengeluar dan developer software yang mengembangkan aplikasi android, pengguna juga boleh memilih aplikasi yang sesuai dengan keperluan masing – masing. Hanya mencari aplikasi di android market kemudian install pada handphone. Jika tidak sesuai dengan keperluan hanya perlu uninstall dan mencari aplikasi lain di android market.
2. Multi Tasking
Seperti notebook, semua handphone android boleh multitasking. Ertinya pengguna boleh memerintahkan handphone untuk membuat beberapa tugas sekaligus. Sebagai contoh, semasa anda download aplikasi, anda boleh menggunakan aplikasi lain seperti mendengar muzik, login ke twitter dan tugas lain.
Seperti apa yang dikatakan Steve Jobs (Apple), PC tablet akan menggantikan tugas notebook tetapi dengan gadget yang lebih ringan.

3. Selalu Update
Seperti operating system “open source” yang lain, Android selalu “ up-to-date” untuk melakukan perubahan. Setiap kali ada “bug” yang baru ditemui, pencipta aplikasi akan menyediakan “patch” untuk memperbaikinya. Dan jangan lupa, setiap versi yang diupgrade akan meningkatkan performance OS itu sendiri.
4. Nama Baik Google
Tidak dinafikan google menjadi salah satu alasan kenapa android cepat dipercayai oleh semua orang di dunia. Google selalu menghadirkan warna baru di internet melalui produk – produk mereka yang penuh dengan inovasi. Dan yang lebih penting lagi, sebagian besar produk google boleh dinikmati dengan percuma.
Dan seperti produk google yang lain, android menjadi terkenal dan terima masyarakat dunia kerana google. Bahkan dikatakan android “menumpang” nama google untuk menjadi terkenal.

5 : Sokongan Smartphone Popular
Mungkin ini yang dinamakan “simbiosis mutualisme” antara pengeluar handphone kelas atas dengan google. Untuk mengurang kos operasi pengeluar handphone akan mencari OS yang berkualiti dengan harga seminimum mungkin dan pada masa yang sama google datang dan memberi tawaran “android” dengan harga “percuma”. Merupakan perkara yang bodoh jika menolak tawaran tersebut, beberapa pengeluar terkenal mula meyokong Android diantaranya Samsung, Motorola, HTC dan sony ericsson.
6. Aplikasi yang pelbagai.
Jika anda baru menggunakan android, cuba anda buka menu android market. Disitu ada beribu aplikasi yang siap sediadigunakan bermula dari aplikasi untuk pekerjaan seharian, aplikasi gallery foto, aplikasi jejaringsocial, games dan banyak lagi.
Hanya perlu memilih aplikasi mana yang anda ingin digunakan dan install pada handphone anda. Walaupun begitu, beberapa aplikasi memang bersifat komersial sehingga anda harus mengeluarkan wang saku untuk menggunakannya.
Beberapa kelebihan di atas adalah gambaran umum kenapa harus memilih android.
sumber Read more...
Mengapa Pas tidak boleh bersama Umno?
Ahad, 6 Mei 2012
Masih ada lagi yang bertanya, mengapa Pas tidak boleh bersama Umno
sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini
berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali
lagi.
Jawapan saya berbentuk cerita.
Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke
kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang
bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka
Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.
Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, “Hoi Melayu,
tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam,
sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!” Melayu-B
pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, “Tapi kamu ajak saya
untuk ke kelab malam untuk minum beer!” Dengan bersahaja Melayu-A
menjawab, “Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!”
Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum
beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer
dan jika Melayu-B berada bersama walaupun di tangannya hanya memegang
segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.
Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat
sesuatu ‘dengan siapa’, tetapi ‘buat apa’. Kalau buat jahat, walaupun
dengan ustaz, ia tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik,
walaupun dengan orang bukan Islam, ia tetap kerja baik dan orang Islam
tersebut tetap mendapat pahala!
Umno ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng,
menindas dan perkaumannya. Kalau Pas turut bersama mereka, maka akan
turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda Pas akan
diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. Pas juga
akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan
pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.
Sedangkan apabila Pas bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang
mereka ingin usahakan, mereka menjawab “sebuah kerajaan yang bebas
rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman”. Pada
masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan
Umno yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit
dan tidak berwibawa.
Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan, maka
adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang terbaik. Ingat! Yang
penting bukan soal ‘buat dengan siapa’ tetapi yang penting adalah ‘buat
apa’?
4 Mei 2012
* Dipetik dari blog Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Read more...
Demo Meminta Pelajaran Percuma Oleh Pelajar Di Chile
Ahad, 29 April 2012
Ramai individu di Malaysia mentertawakan mereka yang mahu PTPTN dimansuhkan
dan digantikan dengan sistem pendidikan percuma di peringkat tertiari.
Dari Menteri pelajaran tinggi higgalah Timbalan PM semuanya
memperkecilkan idea "education is free for all"
yang diperjuangkan sebilangan kecil pelajar kolej Malaysia. Aktivis
kearah pembelajaran percuma dibelasah dan tiada siapa peduli kerana di
Malaysia ramai yang merasakan membayar uwang beratus ribu kepada
universiti Malaysia yang mempunyai ranking dunia yang tidak boleh
dibanggakan adalah bagus untuk masa depan. Student harus tanggung hutang
kata mereka. I dunno but I cannot brain this reasoning. Tapi mereka
tidak sedar movement kearah hak pembelajaran percuma berlaku seluruh
dunia dan tidak terhad hanya di Malaysia Darul 1Malaysia yang awesome
ini?
Di Chile, pelajar kolej dan sekolah menengah (no seriously budak sekolah menengah!)
sudah berdemo memaksa supaya kerajaan melakukan reform terhadap sistem
pelajaran dan pelajaran percuma untuk semua. Demo ini sudah berlanjutan
selama 7 bulan dan pihak kerajaan masih enggan memenuhi permintaan students. Semalam satu lagi demo besar-besaran membabitkan 48 000 pelajar belaku di Santiago Chile. Demo menjadi ganas setelah pihak berkuasa cuba meleraikan pelajar dengan gas pemedih mata.
Menurut
ketua pergerakan pelajar Chile, sistem pelajaran yang ada sekarang
tidak berkualiti dan pihak kerajaan dituduh bersekongkol dengan
pengusaha IPTS dengan memberi subsidi tak masuk akal. Mereka mahukan
reform dilakukan segera bagi memastikan masa depan pelajar Chile lebih
cerah, kualiti universiti yang lebih baik dan peluang pelajaran percuma
untuk semua.
Meanwhile di Malaysia belum apa-apa student yang
mahukan benda yang sama ditahan polis walaupun bercamping secara aman
dalam jumlah yang KECIL. Over reaction I say.
Bapa 1Malaysia Dato Seri 1Najib
selalu mengingatkan kita untuk bersyukur kerana Malaysia aman damai.
Jadi saya rasa tidak salah saya ingatkan beliau dan pihak berwajib untuk TURUT BERSYUKUR student protest movement di Malaysia negara bertuah ini tidak GANAS dan
memporak perandakan negara seperti yang berlaku di Chile sekarang.
Jangan ingatkan kami untuk bersyukur tetapi kamu sendiri enggan
bersyukur mempunyai student movement yang masih belom resort to
violence, anarchy and mayhem. Jadi mengapa mereka diperlakukan macam
mereka membakar Dataran Merdeka dengan ribuan Molotov?
Tak masuk akal!
Laporan asal PtptN Read more...
Nama Domain Mengikut Negara
Selasa, 17 April 2012
2. .ad Andorra
3. .ae United Arab Emirates
4. .af Afghanistan
5. .ag Antigua and Barbuda
6. .ai Anguilla
7. .al Albania
8. .am Armenia
9. .an Netherlands Antilles
10. .ao Angola
11. .aq Antarctica
12. .ar Argentina
13. .as American Samoa
14. .at Austria
15. .au Australia
16. .aw Aruba
17. .ax Åland
18. .az Azerbaijan
19. .ba Bosnia and Herzegovina
20. .bb Barbados
21. .bd Bangladesh
22. .be Belgium
23. .bf Burkina Faso
24. .bg Bulgaria
25. .bh Bahrain
26. .bi Burundi
27. .bj Benin
28. .bm Bermuda
29. .bn Brunei Darussalam
30. .bo Bolivia
31. .br Brazil
32. .bs Bahamas
33. .bt Bhutan
34. .bv Bouvet Island
35. .bw Botswana
36. .by Belarus
37. .bz Belize
38. .ca Canada
39. .cc Cocos (Keeling) Islands
40. .cd Democratic Republic of the Congo tadinya Zaire
41. .cf Central African Republic
42. .cg Republic of the Congo
43. .ch Switzerland
44. .ci Côte d’Ivoire
45. .ck Cook Islands
46. .cl Chile
47. .cm Cameroon
48. .cn hanya untuk China Daratan: Hong Kong dan Macau menggunakan TLD berbeda.
49. .co Colombia
50. .cr Costa Rica
51. .cu Cuba
52. .cv Cape Verde
53. .cx Christmas Island
54. .cy Cyprus
55. .cz Czech Republic
56. .de Germany (Deutschland)
57. .dj Djibouti
58. .dk Denmark
59. .dm Dominica
60. .do Dominican Republic
61. .dz Algeria (Dzayer)
62. .ec Ecuador
63. .ee Estonia
64. .eg Egypt
65. .er Eritrea
66. .es Spain (España)
67. .et Ethiopia
68. .eu European Union
69. .fi Finland
70. .fj Fiji
71. .fk Falkland Islands
72. .fm Federated States of Micronesia
73. .fo Faroe Islands
74. .fr France
75. .ga Gabon
76. .gb United Kingdom jarang digunakan; primary ccTLD yang sering digunakan ialah .uk untuk United Kingdom
77. .gd Grenada
78. .ge Georgia
79. .gf French Guiana
80. .gg Guernsey
81. .gh Ghana
82. .gi Gibraltar
83. .gl Greenland
84. .gm The Gambia
85. .gn Guinea
86. .gp Guadeloupe
87. .gq Equatorial Guinea
88. .gr Greece
89. .gs South Georgia and the South Sandwich Islands
90. .gt Guatemala
91. .gu Guam
92. .gw Guinea-Bissau
93. .gy Guyana
94. .hk Hong Kong Special administrative region dari People’s Republic of China.
95. .hm Heard Island and McDonald Islands
96. .hn Honduras
97. .hr Croatia (Hrvatska)
98. .ht Haiti
99. .hu Hungary
100. .id Indonesia
101. .ie Ireland (Éire)
102. .il Israel
103. .im Isle of Man
104. .in India
105. .io British Indian Ocean Territory
106. .iq Iraq
107. .ir Iran
108. .is Iceland (Ísland)
109. .it Italy
110. .je Jersey
111. .jm Jamaica
112. .jo Jordan
113. .jp Japan
114. .ke Kenya
115. .kg Kyrgyzstan
116. .kh Cambodia (Khmer)
117. .ki Kiribati
118. .km Comoros
119. .kn Saint Kitts and Nevis
120. .kp North Korea
121. .kr South Korea
122. .kw Kuwait
123. .ky Cayman Islands
124. .kz Kazakhstan
125. .la Laos kini dipasarkan sebagai domain official untuk Los Angeles.
126. .lb Lebanon
127. .lc Saint Lucia
128. .li Liechtenstein
129. .lk Sri Lanka
130. .lr Liberia
131. .ls Lesotho
132. .lt Lithuania
133. .lu Luxembourg
134. .lv Latvia
135. .ly Libya
136. .ma Morocco
137. .mc Monaco
138. .md Moldova
139. .me Montenegro
140. .mg Madagascar
141. .mh Marshall Islands
142. .mk Republic of Macedonia
143. .ml Mali
144. .mm Myanmar
145. .mn Mongolia
146. .mo Macau Special administrative region dari People’s Republic of China.
147. .mp Northern Mariana Islands
148. .mq Martinique
149. .mr Mauritania
150. .ms Montserrat
151. .mt Malta
152. .mu Mauritius
153. .mv Maldives
154. .mw Malawi
155. .mx Mexico
156. .my Malaysia
157. .mz Mozambique
158. .na Namibia
159. .nc New Caledonia
160. .ne Niger
161. .nf Norfolk Island
162. .ng Nigeria
163. .ni Nicaragua
164. .nl Netherlands
165. .no Norway
166. .np Nepal
167. .nr Nauru
168. .nu Niue Biasa digunakan untuk website-website Scandinavian dan Dutch, karena dalam bahasa mereka ‘nu’ berarti ‘now’.
169. .nz New Zealand
170. .om Oman
171. .pa Panama
172. .pe Peru
173. .pf French Polynesia dengan Clipperton Island
174. .pg Papua New Guinea
175. .ph Philippines
176. .pk Pakistan
177. .pl Poland
178. .pm Saint-Pierre and Miquelon
179. .pn Pitcairn Islands
180. .pr Puerto Rico
181. .ps Palestinian territories di bawah kontrol PA yang meliputi Tepi Barat (West Bank) dan Jalur Gaza (Gaza Strip)
182. .pt Portugal
183. .pw Palau
184. .py Paraguay
185. .qa Qatar
186. .re Réunion
187. .ro Romania
188. .rs Serbia
189. .ru Russia
190. .rw Rwanda
191. .sa Saudi Arabia
192. .sb Solomon Islands
193. .sc Seychelles
194. .sd Sudan
195. .se Sweden
196. .sg Singapore
197. .sh Saint Helena
198. .si Slovenia
199. .sj Svalbard dan Jan Mayen
200. .sk Slovakia
201. .sl Sierra Leone
202. .sm San Marino
203. .sn Senegal
204. .so Somalia
205. .sr Suriname
206. .st São Tomé and Príncipe
207. .su tadinya Soviet Union
208. .sv El Salvador
209. .sy Syria
210. .sz Swaziland
211. .tc Turks and Caicos Islands
212. .td Chad
213. .tf French Southern and Antarctic Lands
214. .tg Togo
215. .th Thailand
216. .tj Tajikistan
217. .tk Tokelau
218. .tl East Timor
219. .tm Turkmenistan
220. .tn Tunisia
221. .to Tonga
222. .tp East Timor
223. .tr Turkey
224. .tt Trinidad and Tobago
225. .tv Tuvalu nama domain yang banyak digunakan oleh stasiun televisi.
226. .tw Taiwan, Republic of China
227. .tz Tanzania
228. .ua Ukraine
229. .ug Uganda
230. .uk United Kingdom
231. .um United States Minor Outlying Islands
232. .us United States of America Biasa digunakan oleh U.S. State dan local governments daripada TLD .gov
233. .uy Uruguay
234. .uz Uzbekistan
235. .va Vatican City State
236. .vc Saint Vincent and the Grenadines
237. .ve Venezuela
238. .vg British Virgin Islands
239. .vi U.S. Virgin Islands
240. .vn Vietnam
241. .vu Vanuatu
242. .wf Wallis and Futuna
243. .ws Samoa tadinya Western Samoa
244. .ye Yemen
245. .yt Mayotte
246. .yu Yugoslavia Kini digunakan untuk Serbia dan Montenegro
247. .za South Africa (Zuid-Afrika)
248. .zm Zambia
249. .zw Zimbabwe


















