.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Tasik Kenyir Fest 2014 Malaysia Terengganu

Ahad, 6 April 2014


Keindahan Pantai Timur. Festival Kenyir 2014 dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). Pelbagai Aktiviti Pelancongan dan Program menarik berlangsung selama sebulan di Tasik Kenyir Hulu Terengganu yang bermula pada 29 April. 

Berbagai Program Menarik disediakan sepanjang Tahun Melawat Terengganu 2014dan Tasik Kenyir Fest 2014 ini merupakan program khusus sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di bawah Tourism Malaysia Terengganu. Empangan Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan utama di Terengganu.

Destinasi Pelancongan Menarik di Terengganu Empangan Tasik Kenyir. Keunikan tasik yang kaya dengan pelbagai hidupan akuatik seperti Pusat Santuari Ikan Kelah dan Elephant Village. Terokai keindahan dan keaslian alam serta melihat sendiri kesan peninggalan sejarah di Gua Bewah dan Gua Taat.



Sempena Festival Kenyir 2014 Selain menerokai keindahan asli dan semulajadi, para pengunjung dan pelancong juga disediakan engan berbagai Program dan Aktiviti menarik sepanjang Tahun Melawat Terengganu. Keindahan tasik Buatan, flora dan fauna yang memberi sejuta kejutan alam untuk dinikmati. Apakah Aktiviti dan Program di Festival Kenyir 2014



Senarai Program dan Aktiviti di Festival Kenyir 2014

Banyak program dirancang demi memanfaatkan setiap detik dengan Aktiviti menarik di Festival Kenyir 2014. Penambahbaikan Sistem pengangkutan dan juga Hotel-Hotel baharu telah dibina untuk keselesaan para pengunjung ke Hulu Terengganu. Program menarik di Festival Kenyir 2014 adalah

  • Helicopter Ride
  • Kejohanan memancing Piala Kenyir
  • Power Boat
  • Memancing Jelajah Tasik Kenyir
  • Persembahan kebudayaan
  • Pameran Kraftangan


Festival di Tasik Kenyir akan berlangsung selama sebulan mulai 29 April 2014. Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan utama di Terengganu. Tasek Kenyir Fest 2014 merupakan program khusus sempena TMT 2014 di bawah Tourism Malaysia Terengganu. Penganjur Pesta Tasik Kenyir iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yakin Tasik Kenyir bersedia untuk menyambut Ketibaan Tetamu ke Negeri Terengganu bersempena Sempena TMM 2014.


sumber

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP