.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

PKR dakwa Agbimuddin rakyat Malaysia, bekas kakitangan kerajaan

Jumaat, 22 Mac 2013


PETALING JAYA, 20 Mac — Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.
“Perkara ini membuktikan ‘Projek IC’ jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ...  yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas Rafizi.
Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia.
Rafizi juga dalam sidang media itu menegaskan berdasarkan pertemuan PKR dengan penduduk tempatan di Lahad Datu, mereka mengenali Agbimuddin.
“Ramai orang Kudat kenal dia (Agbimuddin),” kata Rafizi, yang tidak menolak tugas Agbimuddin ketika itu banyak memerlukannya menemui penduduk tempatan.
Sehubungan itu, beliau juga turut menuntut Najib untuk mengemukakan dengan jelas jumlah penceroboh tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, dan menerima kad pengenalan biru.
“Dengan maklumat ini, Najib tidak lagi boleh bersembunyi di sebalim alasan keselamatan nasional untuk mengelak menjawab soalan yang berlegar di pemikiran rakyat,” katanya.
Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh militan Sulu yang mendakwa mereka adalah “Tentera Kesultanan Sulu” telah memasuki bulan kedua dan mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, dua anggota tentera dan baki lapan adalah anggota polis.
Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 juga akan didakwa di Lahad Datu hari ini.
Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat mengesahkan perkara itu pagi tadi.
Beliau berkata mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.
Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi tadi. Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.
Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ.
Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari.
Malah, turut difahamkan, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini.
sumber

1 komen:

jacotwaguespack 5 Mac 2022 pada 7:22 PTG  

Titanium Fitness - TITanium-Art
and titanium wire many more T-shirt designs for the new jersey. The new jersey consists of three unique features. These include a shirt, does titanium have nickel in it leather, and titanium tv a titanium wedding bands for men custom titanium hair trimmer t-shirt.

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP