.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Luahan Hati mamat Khalid sebab si sepet "kuku" nk jumpe PM

Selasa, 27 September 2011





VS


Siapa yang tak kenal dengan pengarah Mamat Khalid yang sangat hebat dalam mengarahkan beberapa filem. Antara filemnya yang paling melekat di hati peminat filem tempatan adalah Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Filem Abang Mat memang kreatif disamping mempunyai masej-masej yang disampaikan dengan cara bersahaja. Melalui blog rasmi Abang Mat Tempurung Pecah, Abang Mat telah melahirkan rasa kecewanya terhadap individu yang pernah menghina lagu Negara ku.

Nak Tahu sebabnya? silalah baca penulisan Abang Mat di bawah ini yang Belalang ambil di blognya-


BANGSAT PENGARAH MELAYU INI KAN MAT?

Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.

Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.

Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang ‘lebih elok dari filem melayu biasa’ itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi ‘gua mau jumpa lu’ berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri.
Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

sumber

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP