.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Malaysia paling cekap berbahasa Inggeris di Asia - Laporan EF

Ahad, 17 April 2011

"Bak kata Usop wilcha “Itu laa pentingnya English education”. Laporan English First (EF) – English Proficiency Test meletakkan Malaysia adalah Negara paling cekap berbahasa Inggeris di Asia. Ini adalah hasil kiraan pencapaian ujian yang dijalankan sepanjang 2007 hingga 2009. Ujian ini telah dinilai dari 2.3 juta orang dan sebanyak 42 negara seluruh dunia mengambil ujian yang diberikan oleh EF.

Malaysia memperolehi markah purata sebanyak 55.54 peratus. Ini membolehkan Negara kita berada di tangga ke 9 dunia kecekapan berbahasa Inggeris. Malah hasil keputusan ujian ini juga mengejutkan kerana ramai menganggapkan Hong Kong dan Taiwan cekap berbahasa Inggeris di kalangan negara Asia.


Menurut laporan itu lagi kecekapan Malaysia dalam berbahasa Inggeris kerana ianya menjadi bahasa pengantara kepada pelbagai komuniti selain berbahasa Melayu. Selain daripada itu negara kita juga mendapat didikan awal berbahasa Inggeris sejak di sekolah rendah lagi.

Laporan itu juga melaporkan negara-negara yang cekap berbahasa Inggeris juga menjadi negara pengeksport utama di dunia. Hasil kajian ini juga berpendapat pendapatan per kapita yang tinggi juga didorong hasil kecekapan berbahasa ini.

Bahasa Inggeris juga dilihat menjadi saluran utama pertukaran inovasi di dunia. Ini kerana banyak kajian rekacipta dan inovasi ditulis dalam bahasa ini. Berbeza dengan negara yang kurang cekap juga kurang berkongsi inovasi mereka di peringkat antarabangsa.

Tidak dinafikan penguasaan bahasa Inggeris membolehkan negara kita menjadi negara maju dan dinamik di peringkat antarabangsa. Namun Bahasa Melayu juga hendaklah diberi perhatian dan dikuasai seiring dengan bahasa Inggeris. Adalah tidak rugi jika kita dapat menguasai banyak bahasa kerana kita akan menjadi lebih dihormati di peringkat global.

P/s : untuk mendapatkan laporan tersebut boleh download di sini.

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP