.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 akan dihalalkan??

Rabu, 9 Jun 2010




Judi ialah permainan yang melibatkan penaruhan harta ataupun penaruhan “nilai”. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya ialah nombor ekor, sabung ayam dan pertaruhan bola sepak.

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Berjudi adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.
Islam melarang keras umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan. Selaras dengan firman Allah SWT bermaksud:
“Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah, ayat 90-91)
Berdasarkan firman Allah SWT di atas dengan jelas bahawasanya perjudian itu adalah haram hukumnya. Sama ada perjudian itu berlesen atau sebaliknya semuanya adalah haram di sisi Islam. Malah agama lain juga telah mengharamkan segala bentuk perjuadian.
Pertaruhan (perjudian) sama ada berlesen atau sebaliknya, perbuatan itu adalah kotor dan jijik di sisi Islam. Malah ia adalah amalan warisan syaitan dan jahiliah. Ini tidak bermakna yang berlesen itu adalah halal dan yang tidak berlesen adalah haram. Kedua-duanya adalah haram kerana ia memberi kesan buruk serta menimbulkan pelbagai masalah dalam masyarakat seperti pergaduhan, bebanan hutang, pinjaman along, meragut, merompak dan sebagainya.
Secara peribadi, saya amat terkejut dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Petikan Berita :

KUALA LUMPUR 6 Mei – Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
Beliau memberi alasan kerajaan boleh mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram). Selain itu kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Pandangan
Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakan judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Apakah pihak berkenaan sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram??
Sekiranya kerajaan meluluskan dan mengeluarkan lesen pertaruhan saya kira bukan dapat mengurangkan kegiatan perjudian, malah menambah serta memberi galakan kepada rakyat untuk berjudi. Sedangkan premis-premis perjudian yang sedia ada tidak terhitung banyaknya, apatah lagi di beri kelulusan lesen pertaruhan.
Selain itu pandangan saya juga agar kerajaan batalkanlah niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan itu walaupun dari segi lain ia menguntungkan. Apa gunanya keuntungan kalau sumbernya daripada yang haram??
Sebelum melakukan sesuatu perkara, eloklah kita membuat rujukan terlebih dahulu dua sumber utama yang jika kita mengikuti keduanya kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan as-sunnah.
Sumber: ibnismail

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP