.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

Kepentingan partition hard disk

Jumaat, 14 Mei 2010

Hard disk zaman sekarang ni semua besar-besar. Hard disk laptop aku pun dah 320GB. Jika tidak pandai manguruskan hard disk ni boleh melambatkan macam-macam proses komputer seperti time buat defrag, masa mula menghidupkan laptop/desktop, masa scan virus dan sebagainya.
Sebab tu penting kita membuat partition kepada hard disk. Membuat partition ni macam kita buat bilik-bilik dalam satu rumah. Jika tanpa partition ibarat sebuah rumah yang besar tanpa bilik. Kita boleh pecahkan kepada C: , D: dan mungkin E: untuk mempercepatkan proses seperti yang dikatakan di atas.

Software yang biasa digunakan ialah partition magic tapi aku terjumpa satu software yang ampuh juga dan yang penting ianya percuma (freeware). Namun jika anda tidak pernah menggunakan perisian partition dinasihatkan backup dahulu fail anda. Risiko sendiri tanggung yerk.
freeware
Perisian ini ialah EASUS Partition Master membenarkan kita create, delete, format partitions dalam hard disk dengan cepat dan senang. Apa lagi yang menariknya ialah antara ciri-cirinya mudah untuk kita resize dan memindahkan kepada partition kosong tanpa merosakkan data kita
EASUS Partion Master ini sesuai digunakan kepada Windows 2000/XP dan Vista.
Download percuma

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP