.:SELAMAT DATANG.:

Click Me~
"Selamat Datang ke Blog Tumpang Lalu "

10 Perkara Perosak Sperma Lelaki

Jumaat, 14 Mei 2010

10 Perkara Perosak Sperma Lelaki

Sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berenang di sebabkan beberapa faktor. Di antara 10 perkara yang boleh merosakkan sperma lelaki adalah: Kena Klik Read More dulu laaa..hehehe..


Kepanasan melampau (Overheating )
Testis Manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan  situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

Tab Mandian Air Panas (Hot Tubs)
Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis,  30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

Demam
Demam yang terlalu tinggi suhunya boleh mempunyai kesan yang tidak elok kepada kesuburan  sperma lelaki. Dan bergantung pada waktu proses pengeluaran sperma, kepekatan sperma boleh mengurangkan sehingga 35 peratus selepas demam berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2003.

Laptop
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil dari penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35?C . Ianya akan memudaratkan sperma jika anda cuba untuk hamilkan isteri anda, tinggalkan laptop di atas meja.

Seluar dalam
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

Pembesaran pembuluh darah
Sekitar 15 peratus menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum, biasanya di testis kiri. Ketika seorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah, apabila keadaan ini berlaku ianya akan memberikan kesan kepada pengeluaran sperma.

Telefon Selular (Cell Phones)
Radiasi daripada telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar lelaki juga di katakan turut memberikan kesan kepada tahap kesuburan dan produktivitialt kelamin lelaki.

Obesiti
Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.

Gaya Hidup Tidak Sihat
Tembakau, alkohol, dan ganja boleh mengganggu fungsi seksual  dan telah terbukti mengurangkan jumlah,  fungsi sperma dan kesuburan laki-laki secara keseluruhan.

Lain-lain masalah sperma
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

Sumber: myjazmanie

0 komen:

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP